Friday 23 December 2016

TABUNG PERCUTIAN

Yeyyyy!!! Cuti sekolah kali ni kami all out duit tabung percutian kami!! Hahahha...

Lebih banyak tabungan, lebih banyak tempat boleh kita jelajah! Kan Ahmad Fitri Rusman ;-)

Berbekalkan hasil tabungan #selfreward selama 8 bulan bonus SHAKLEE , kami menelusuri tempat-tempat menarik yang kami sokmo missed sebelum ini.

Kali ini, kami bawak anak-anak ke negeri Terengganu Darul Iman. Sebenarnya Terengganu memang destinasi wajib dalam jurnal percutian kami setiap tahun kecuali 2015 lalu tak pergi sebab time tu takde mood nak gi bercuti. Hahahha...

Selepas Terenggani, kami singgah balik kampung kami yang tercinta di Chini Pahang. So sapa yang nak gie Tasik Chini, sila roger koi ok!!! Pahang ada Bukit Gambang Resort, ada Cherating Beach, Pantai Sepat Beach, Balok Beach...nak makan2 ? Kuantan dan Tg.Lumpur adalah SYURGA MAKANAN di Pahang!!! Tak pun, dah alang2 ke Bukit Gambang, lajak sikit 1 jam ke bandar Temerloh Bandar Ikan Patin yang marvelous!!!! Mmmuahhh!!!

Habis lepak di kampung, kami berhujung minggu di KUALA LUMPUR pulak ;-) wahhhh !!! Ini betul2 bercuti!! Hihihi

Sebenarnya banyak tempat menarik di KL yang kita sendiri sebagai rakyat Malaysia 'tak sempat' nak berkunjung :-P hahhahhaah... termasuklah kitorang ni ha... dah alang2 bercuti,  lajak jelah..... hehehe...

Korang pegi mana cuti-cuti ni? Ce share.... ;-)

#gt12
#liveamazing
#tsunamishaklee

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

TIPS MENABUNG UNTUK PERCUTIAN/UMRAH

1. Letakkan target tarikh nak pergi rihlah / umrah.

2. Kirakan jumlah kos (penginapan/tol/minyak kereta/entrance fee tempat-tempat yang nak dilawati).

3. Bahagikan jumlah kos dengan bilangan hari atau bulan (tempoh sebelum tiba tarikh percutian/umrah).

4. Sediakan tabung yang tak boleh dibuka! (Aku guna tong ESP dan salotap kuat-kuat).

5. SETIAP HARI aku masukkan RM20 dalam tabung tu.

6. Cari pendapatan tambahan (jual kuih ke....) hasil jualan, masukkan dalam tabung.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...