Monday 12 December 2016

GANGRENE DAN AMPUTATION

GANGRENE

Apa itu gangrene..?

Gangrene ialah satu kondisi pada bahagian tubuh tertentu, yang mana sekiranya tidak dirawat akan menjadi lebih teruk & merbahaya.

Gangrene juga boleh mengancam penderitanya malah boleh membawa maut, direkodkan antara penyebab kematian pada perang dunia pertama & kedua adalah disebabkan gangrene, iaitu luka yang tidak dirawat membawa kepada gejala yang lebih berbahaya hingga maut.

Gangrene terbahagi kepada 3 jenis :-

※ gangrene kering - biasa terjadi pada penghidap diabetes

※ gangrene gas - luka yang tercemar ,terdedah pada jangkitan kuman,faktor persekitaran

※ Gangrene basah - berpunca dari kecederaan atau luka

Gangrene terjadi dlm 2 keadaan:-

※ gangrene ekstrimiti bawah (kaki,lutut)
※ gangrene ekstrimiti atas(tangan, leher, bahu)

Dalam keadaan tertentu gangrene kering boleh merebak menjadi gangrene basah.

AMPUTATION

««Bagaimana amputation terjadi..»»

Kematian sel secara fitrahnya terjadi, seperti mana kematian jasad manusia yg bersebabkan Sakit dan sebagainya, kematian sel yang secara normal, dipanggil APOPTOSIS, sel yg mati ada yang diperbaharui àtau terbina semula, berhubung dan sebagainya, sel darah merah yg telah mati, atau expired akan 'dikebumikan' di organ hati & limpa (liver &spleen)...

Tapi apabila terjadinya proses kematian sel yg disebabkan oleh bacteria, virus, toxin, unsur-unsur ini apabila terjadi akan merembeskan tindak balas kimia  yang akhirnya merosakkan sel-sel yang lain disekelilingnya.

Jika tadi proses kematian sel yg normal diistilah sebagau APOPTOSIS, manakala sel yang mati disebabkan oleh sel yang rosak, jangkitan kuman dan sebagainya dinamakan NECROSIS (kematian sel luar biasa).

Apa yang terjadi pada organ yang terkait dgn NECROSIS ini ialah mati ,terjadinya gangrene, anggota menjadi hitam, kering, luka yg bergangrene.

NECROSIS ini bukan saja terjadi pada penghidap diabetes, tapi sebaliknya boleh terjadi kepada sesiapa saja ,terutama kepada mereka yang kurang menjaga kebersihan pada anggota yang luka.

Begitulah juga dengan kes kulat air yang menyerang celah jari kaki yang selalu basah, akan membawa kepada gangrene, yg akhirnya amputation ,satu istilah yg menjadi ingauan ngeri terutama kepada penghidap diabetes..

Copy & paste....

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...