Friday 9 December 2016

POKOK SEMALU DAN WANITA

Saya copy and paste untuk perkongsian semua....
«»»»«»«»«»«»«»»»«»«»«»«»««»«»«»«»«»«»«»«»»«»«»«»«

Black Rose:
*UTK WANITA*

Pada suatu hari Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu kaki nya berdarah lalu dia mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada ayahandanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah .Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut Rasulullah SAW
menyambung kata-katanya lagi Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari aspek iaitu :

- Pohon semalu akan kuncup apabila di sentuh .Ini di ibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya) .

-Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya .Oleh itu ,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim .

- Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi .Ini bermakna ,wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Alllah Rabbul Alamin .

- Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang .Oleh itu ,para wanita sekalian ,kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

“Ambil lah pengajaran dari pohon semalu walaupun hanya sepohon tumbuhan yang kecil “

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...