Saturday 3 December 2016

MUSIM 'SEJUK' VERSI MALAYSIA

hahahahah....

Ia kembali lagi ! Sejukkkkkk!!!

Boleh dikatakan setiap hari dah ni mendung sebelah pagi kemudian hujan eba selepas zohor... adakalanya berlarutan hingga ke awal pagi...huhu sejuknye!!

Dulu...
Masa kecik-kecik, musim tengkujuh nilah yang paling suka ;-P hahahaha....

sebab apa?

Sebab banyak tempat bertakung air. Pastu siap boleh berenang-renang aksi kuak lentang, kuak dada dan gaya kupu2 gitewwww dengan sepupu-sepapat hahhahaha... sedang syok berenang, tetiba terapung dengan satu benda keras! Apa tu????

Yakkkkkkk!!! Tahik lembu kering !!!!! Waaarrrrggghhh!!!! Terus tak jadi kuak kulu-kupu segala :-P hahhahaha....

Rumah tok kami ni depan pantai laut china selatan. Bila malam hari musim tengkujuh, bunyi ombak menghempas pantai tu memang menakutkan! Pernah jugak, ombak melintasi jalan raya membawa segala sampah sarap ke depan tangga umah tok! Huhuhuhu....

Hmmmm... indahnya zaman itu ketika musim tengkujuh.... zaman sekarang, kalau musim hujan, risau sungguh! Takut banjir pulak! Alhamdulillah... setakat hari ni, keluarga kami tak pernah lagi menjadi mangsa banjir walaupun berumah di tepi pantai ;-)

Moga Allah terus memelihara keluarga kami daripada pelbagai bencana dan kesusahan... aamiin....

Pssttt!!! Musim hujan ni, eloklah protect diri dengan vitamin C dan nutriferon ;-)

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...