Monday 5 December 2016

KOTAK HIKMAT

Hahahha...kenapa mesti ada nama Lembaga Hasil Dalam Negeri tu? Hahhaha...

Sebabnya, segala resit untuk apa-apa sahaja perkara yang boleh di'claim' semasa mengisi e-filing (seperti resit belian barangan sukan, resit belian buku-buku ilmiah khususnya) kami simpan dalam satu kotak khas.

Ini bertujuan memudahkan kami mencari semula resit-resit itu jika andaikata tetiba diminta mengemukakan 'bukti' untuk pembayaran rebat ;-P hahhaha LHDN bijak, kita pon patut lebih bijak! Kan? Hihihihi...

Kotak besar giler?

Hahahhah mestilah! Dah berapa tahun aku kerja dan sejak gaji aku RM3k kot aku dah kena buat e-filling tu...hihi..dulu-dulu rajin gak aku dan suami susun resit-resit tu dalam clear folder... sekarang? Susun elok-elok dan kepilkan mengikut tahun semasa, simpan dalam Kotak Hikmat tu ;-)

Clear Folder tu hanya dikhaskan untuk dokumen-dokumen penting berkaitan harta sepencarian kami seperti dokumen rumah, kereta dan takaful....

Hmm...resit belian vitamin-vitamin kami pun masukkan kat situ... hihihi... penambah koleksi :-)

Dan tambahan pulak, aku dan suami berniaga ;-) hehhehe... bukan setakat resit kami simpan, malah segala maklumat pelanggan kami khaskan dalam satu buku besar. Suami aku siap buatkan lejar akaun lagi untuk monitor produk dan keluar masuk duit. Suami sediakan dalam bentuk softcopy, aku sediakan dalam bentuk hardcopy.. supaya lebih mudah mata aku ni nak study ;-)

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...