Friday 30 December 2016

AL BAQARAH ~ 282 : Hutang Piutang

Ayat ini menceritakan tentang *hutang piutang*...

_Al-Baqarah:282 - Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan *hutang piutang* yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis ( *hutang*dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang *berhutang* itu merencanakan (isi surat *hutang* itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari *hutang* itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara *hutang* yang bertempoh masanya itu, sama ada _*kecil*_ atau _*besar*_ jumlahnya. _Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu._

💚Kpd yg belom langsai hutang tu...bleh lah bayar ansur2...pemberi hutang tu tau yg kita x mmpu nk bayar hbis tpi dgn bayar ansur2 ni mudah-mudahan sifat kepercayaan pemberi hutang utk mmberi hutang/pinjam pd kita utk masa lain itu masih ad...betul dok?

💙Mudah-mudahan kita msuk thun baru x bwak sekali ngan hutang kita tu.

❤Bersempena dgn tahun 2017 yg akan tiba. saya x nak tinggal kan tahun 2016 ni dengan hutang..maka sesiapa yg saya berhutang dgn nya...boleh pm saya..muga2 dipermudahkan oleh Allah utk saya membayar hutang itu...
😓😥😢😣☺😊😀😁😅

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...