Monday 5 December 2016

OK KE SAMBUNG BELAJAR? TAK STRESS KE? ~ JADILAH SEORANG 'TRAVELER'....ANDA TEMUI KESERONOKKANYA...

Sedikit perkongsian la eh untuk korang ๐Ÿ˜˜ daripada pengalaman aku sendiri...

Bila kita nak ziarah negara orang, jangan jadikan ia sebagai 'tour' tapi jadikan ia sebagai 'travel'. So kita tukar, daripada sebagai seorang tourist kpd seorg traveler...

Bila kita travel (mengembara) banyak giler ilmu yang kita akan dapat! Jika sekadar tour, we just sight seeing... tengok2..makan2... hehhee...

Sama jugaklah dengan belajar.. jadikan ia sebagai sebuah pengembaraan ilmiah yang menyeronokkan!๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ sebab? Takde siapa pun paksa aku sambung belajar! masa aku apply Master dulu,  aku decide ia sebagai 'release tension' .

Orang selalu tanya, Min kenapa sambung Master? Nak jadi pensyarah ke? Atau nak naik ke jabatan? Aku kate, nope!! Saja suka2 sebab aku bosan dengan rutin di sekolah.

Pagi, ke sekolah macam biasa..buat semua kerja macam biasa...as a routine... tapi rasa excited nak siapkan tugasan-tugasan di sekolah sebab petangnye aku tak sabar nak pegi kelas di UKM. Sebab dalam kelas pembelajaran kami disatukan dari pelbagai bidang! Kat situ aku manfaatkan untuk korek ilmu-ilmu yang jauh daripada dunia pekerjaan yang aku ceburi.

Jauh tu UKM - Kapar!!! 1 jam setengah drive ikut highway.

Balik malam...kul12 tgh mlm bru smpai umah... tapi Allah mudahkan jalan aku..sebab aku redha dan sentiasa doa supaya Allah mudahkan urusan suami jaga anak... sem 1 aku mengandungkan Ainin.. alhamdulillah tak mabuk!

Suami pulak tengah pulun projek akhir dia...huhu..kesian dia...

Kenapa aku pilih UKM? Sebab UKM satu2nya university yang menawarkan pembelajaran pada hari bekerja. Why???? Aku taknak dan takkan ganggu weekends. Sebab ?

1. Weekends aku boleh siapkan tugasan kerja kursus
2. Weekends aku boleh layan anak-anak bawak pegi library awam...
3. Aku taknak anak2 dan suami aku rasa terbiar kalau aku ade kelas sabtu ahad...

Pilihan di tangan kita, kan?

So, nasihat aku, sebelum apply atau bercadang nak apply sambung belajar, kena tight perjanjian jitu betul2 dgn pasangan! Ramai batch aku yang sama2 mendaftar, berhenti separuh jalan...

Lagi 1, aku sentiasa letakkan title Puan dalam setiap tugasan dan pembentangan..biar semua orang tahu aku isteri orang.

Keredhaan suami adalah kekuatan dan semangat aku. So jangan sesekali kita belakangkan diorang๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Lagi 1, buat Master ni bukan dlm bidang kita je dalam 1 kelas.. raammaaaaiii lagi daripada bidang lain. So hati2lah dgn perasaan masing2๐Ÿค—๐Ÿค—

Bila ada kajian lapangan paling syok, ambil peluang bawak suami n anak2 dalam trip kami๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ kan traveler...sambil makan angin, sambil kutip ilmu..sambil kutip ilmu, sambil kenal tempat orang..ye dak? Hehhehe


No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...