Wednesday 18 January 2017

SYURGA KITA

Alhamdulillah...
Inilah 'Syurga' kami ;-)

Sememangnya aku berimpian untuk memiliki rumah sendiri sebelum usia 30. Alhamdulillah Allah SWT telah tunaikan impian itu ketika di usia 27 tahun...seiring dengan kehadiran permata ke-2 kami, Ainin Suffiyyah... :-)

Walaupun sudah punya rumah sendiri, namun kami masih lagi menyewa di kuaters TNB memandangkan suami bekerja di sini. Sedangkan rumah yang dibeli tu berada di Kuantan..hahhaha....

Kenapa beli jauh? Kerja tempat lain tapi beli rumah tempat lain...hahhaha...

Sebenarnya, aku sengaja beli rumah yang 'dekat' dengan keluarga kami ;-) bukan ape, senang nak berulang~alik balik jenguk mak abah dan mertua walaupun bukan pada hujung minggu. Sekarang ni, kami balik kampung setiap hujung bulan je..huhuhu....

Kami bekerja di Selangor....tapi takde hati nak terus menetap di sini. Hahahah....cukuplaah sekadar mencari rezeki di tempat orang. Sememangnya aku berharap sangat dapat kembali ke tempat asal kami dan terus menetap di Istana Kasih kami tu ;-) hihihihi...

Hmmm.... adakala terdetik jugak nak beli sebuah rumah area tempat kami bekerja ni.. tapi...harganya??? Hahhahahha....

Apapun, harga rumah makin mahal..... kalau tak mula membeli atau fikir untuk membeli, sampai bila?

So korang yang belum ade rumah sendiri tu, kena fikir lebih serius mulai hari ink!!! Sampai bila nak menyewa? Duit bulanan sewa tu kalau dikumpulkan dah dapat sebijik rumah idaman korang ;-)

#liveamazing

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...