Tuesday 31 January 2017

HADITH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Iman Menuntut Perlakuan Baik Pada Jiran dan Tetamu*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِ جَارَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

_*Dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah ia mengganggu tetangganya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaknya ia memuliakan tetamunya dan barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaknya ia berkata yang baik atau diam."*_ (HR Bukhari No: 5559) Status: Sahih

*Pengajaran:*

Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkewajipan menunaikan tanggungjawab sebagai bukti keimanannya antaranya:

a.  Berlaku baik kepada jiran tetangga dan tidak menyusahkan mereka.

b.  Memuliakan tetamu

c.  Bertutur sesuatu yang baik (termasuk menulis) atau diam (tidak bercakap atau menulis sesuatu yang tidak baik).

Moga kita menjadi orang beriman yang sentiasa menunaikan tanggungjawab berbuat baik kepada jiran tetangga dan memuliakan tetamu disamping bercakap perkara yang baik dan mendatangkan manfaat.

31hb Januari  2017
03hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...