Saturday 28 January 2017

HADITH ~ Berbuat Baik Kepada Jiran

******************************************
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Berbuat Baik Kepada Jiran*

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُهُ

_*Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jibril senantiasa mewasiatkanku untuk berbuat baik terhadap tetangga sehingga aku mengira tetangga juga akan mendapatkan harta waris."*_ (HR Bukhari No: 5556) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Islam menuntut umatnya agar sentiasa berbuat baik dan menghormati orang lain khususnya  jiran tetangga.

2.  Syaikh Abu Muhammad bin Abi Jamrah dalam Fathul Baari ( X/456) mengatakan: terlaksananya wasiat berbuat baik kepada tetangga dengan menyampaikan beberapa bentuk perbuatan baik kepadanya sesuai dengan kemampuan seperti saling berhadiah, memberi salam, berwajah yang berseri-seri ketika bertemu, mengambil tahu keadaannya, membantunya dalam hal yang ia memerlukan, serta menahan sesuatu yang boleh mengganggunya.

3.  Ibnu Hajar menyebutkan, berbuat baik kepada tetangga itu mencakupi  yang muslim dan juga yang kafir, ahli ibadah dan orang fasik, teman dan lawan, orang asing dan penduduk tempatan, yang memberi manfaat dan yang memberi mudarat, kerabat dekat dan jauh, rumah yang paling dekat dan paling jauh.

Moga kita sentiasa berbuat baik dan prihatin kepada jiran tetangga. Bersama membina masyarakat rahmah.

29hb Januari  2017
01hb Jamadil Awal 1438H

*copy & paste

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...