Sunday 15 January 2017

Berdiri di atas 'Sky Box' ~ memang tak boleh blah!!!!! 

Perghhhhh!!! Gayat giler!! Rasa macam meniti atas tali je! ~ itulah pengalaman pertama aku berdiri di atas 'Sky Box' Menara Kuala Lumpur 😉 

Percutian kali ini memang kami target Kuala Lumpur sebagai destinasi 'pelancongan' kami untuk tahun 2016. Kenapa KL? Yeahhh.... walaupun hampir setiap hujung minggu kami ke KL, tapi sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang kami tak lawati. Heheheh... 

Lagi 1, sebenarnya kami ambil peluang menebus baucer bilik hotel yang kami dapat tu! Dah 4 kali tunda tau. Hmm....Alhamdulillah... hotel yang ditempah untuk kami ni, betul-betul di tengah Kota Metropolitan!! Selak je langsir, terpacak Menara KL! Malam-malam, view Menara KL memang cantik, dengan lampu-lampu berwarna-warni 😉 tapi sampai jam 12.00 tengah malam je. Pastu lampu padam menandakan waktu kena tidur. Hahahha... 

Sebenarnya, kami naik Menara KL ni 2 hari berturut-turut! Mulanya kami pergi pada petang Ahad, tapi memandangkan hari baru lepas hujan, maka tak dapatlah kami naik ke 'Sky Deck' tu..hukhukhukhuk... mujurlah tiket tu boleh guna lagi pada hari esoknya, dengan cara mengisi 1 borang jaminan di kaunter. 

Esoknya (Isnin 26/12/2016), pagi-pagi lagi aku dah kerah anak-anak bangun mandi..lepas sarapan, kitorang naik kereta ke sana..kalau ikutkan nak jalan kaki ke, redah Hutan Simpan Bukit Nanas tu, tapi malas pulak..hehehe..takut tak sempat check out nanti. 

Hmmm.....apa lagi nak cerita eh? 

Ahaa!!! Tiket masuk Menara KL kebetulan kami dapat harga RM45 (dewasa), RM21 (kanak-kanak 4 tahun) boleh naik Observation Deck dan Sky Deck. Harga tiket tu tak pastilah memang macam tu atau sempena Krismas. Sebab sebelum tu kami dah survey harga pakej All In RM88 seorang dewasa RM61 kanak-kanak. Harga Sky Deck tu lain pulak. Huhuhu.. 

Cuma... ada 1 yang aku ralat tak teringat nak pergi, iaitu Restoran Berputar!!! Aduhaiiii...padahalnya tempat tu lah yang aku mengeletar nak pergi kononnya. Hahaha... 

Takpe takpe...len kali kita pergi lagi 😉 

Turun dari Menara KL, kami naik "hop on hop off" bas. Bayar RM19 untuk tempoh 24jam!!! Fuyyoooo!! Yang ni best! Sebab naik bas 'double decker' keliling KL 😃 anak-anak memang teruja! Tapi oleh sebab dah penat, dorang boleh tertidur pulak dalam bas. Kesiannnn... 

So korang! Jomlah rewang-rewang KL! Rupanya banyak giler tempat yang boleh dilawati yang kita tak sedar pun 😃 jangan lupa, ambil gambar dan #cantiknyaMalaysia 😃 

#tsunamishaklee 
#gt12 
#jalanjalancaripahala 

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...