Sunday 29 January 2017

HADITH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Tidak Menyakiti Jiran dan Wanita*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا

_*Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Pergaulilah wanita kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Apabila engkau hendak meluruskannya, engkau akan mematahkannya dan apabila engkau membiarkannya maka ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu pergaulilah wanita dengan sebaiknya."*_ (HR Bukhari No:  4787) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dituntut tidak menyakiti jiran tetangga sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

2.  Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dituntut sentiasa berlaku baik dengan wanita.

3.  Wanita dijadikan daripada tulang yang paling bengkok dalam erti dia tidak sempurna dan terdapat kekurangan yang perlu disantuni dengan sebaiknya dan tidak dizalimi.

4.  Sebagai suami, bapa dan anak lelaki, perlulah sentiasa berlaku baik terhadap isteri, ibu serta anak perempuan yang terdapat kekurangan dan kelemahan padanya.

30hb Januari  2017
02hb Jamadil Awal 1438H

*copy&paste

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...