Friday 18 August 2017

MANFAAT ASID LEMAK OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN KITA

Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang diperlukan oleh tubuh tetapi ia tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. justeru, ia perlu diambil daripada makanan seperti :

- ikan tuna
- ikan sardin
- ikan salmon
- telur ayam/itik
- kekacang
- sayur bayam
- kangkung
- daging lembu/kambing
- belut
- yogurt
- brokoli

Buah-buahan yang mengandungi omega-3 pula :

  1. jambu batu ( 112 mg ).
  2. Rasperberry ( 126 mg ).
  3. Strawberry ( 65 mg ).
  4. Blackberry ( 95 mg ).
  5. Kismis ( 42 mg ).
  6. Blueberry ( 60 mg ).
  7. Buah ceri tua ( 45 mg ).
  8. Buah Kiwi ( 44 mg ).
  9. Mangga ( 38 mg ).
  10. Avokado ( 110 mg ).
  11. Betik ( 100 mg )
  12. Buah labu biasa atau labu parang ( 50 mg ).
==============================
KENAPA PERLU AMBIL OMEGA-3? 
==============================

💖OMEGA-3 Untuk Kesihatan Jantung.

DHA & EPA yang terkandung di dalam Omega-3 merupakan nutrien yang sangat baik sebagai anti-keradangan terutamanya pada salur darah.

Jika salur darah sihat, ia dapat membantu kelancaran darah dan membantu jantung mengepam darah dengan cepat dan mudah.

jika salur darah mengalami keradangan, ia akan meninggalkan plak pada salur darah, yang akan menyukarkan dan mengakibatkan jantung stress semasa mengepam darah. Inilah sakit jantung terjadi.

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Minda.

Kesihatan minda sangat penting untuk mengelakkan risiko penyakit Alzheimer, supaya boleh berfikir dengan lebih pantas dan dapat menumpukan perhatian dalam aktiviti kognitif.

Otak kita terdiri daripada 60% lemak. Maka, amat perlu pengambilan makanan daripada sumber lemak yang sihat untuk menyokong kesihatan minda.

DHA & EPA membantu menyokong kesihatan neuron. Apabila sel-sel neuron sihat, transmission antara sel-sel neuron akan berlaku dengan lebih lancar.

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Sendi.

Minyak ikan omega-3 adalah pelincir semulajadi dan sangat membantu melancarkan pergerakan sendi.

Amalan pengambilan omega-3 dapat mengurangkan kekakuan sendi dan membantu memberikan sendi lebih fleksibel untuk bergerak.

Minyak omega-3 dapat membantu mengelakkan keradangan dan melegakan kesakitan akibat keradangan pada sendi.

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Ibu Hamil.

Asid lemak omega-3 sangat perlu diambil oleh ibu-ibu hamil sepanjang kehamilan untuk perkembangan otak dan mata janin dalam kandungan.

Pengambilan omega-3 terutamanya pada trimester ke-3 sangat penting kerana pada ketika itu perkembangan janin berlaku dengan sangat cepat!

💖 OMEGA-E Untuk Kesihatan Mata.

DHA & EPA dalam minyak ikan omega-3 dapat membantu dalam penghasilan air mata bagi mencegah terjadinya mata kering.

Pengidap Diabetes biasanya mengalami perubahan penglihatan yang dikenali sebagai Diabetic Retinopathy, iaitu satu kondisi yang melibatkan jaringan lapisan nipis pembuluh darah yang menutupi bahagian belakang retina.

Justeru itu, golongan ini disarankan untuk mengambil suplemen omega-3 bersama beta-carotene. 

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Kulit.

Asid lemak omega-3 juga membantu mengurangkan kekeringan kulit dan menghasilkan membran sel kulit yang baharu dengan cepat.

Omega-3  juga membantu melembapkan kulit dan melegakan masalah kulit kering.Kulit wajah yang kering akan menyebabkan keradangan, dan ini memudahkan kulit luka, seterusnya memudahkan pertumbuhan jerawat.

Omega-3 bersifat anti-radang, maka ia membantu melegakan masalah jerawat yang serius dan kronik. Anda yang mengalami masalah jerawat teruk dan bernanah, cuba amalkan Omega-3.

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Imun.

DHA & EPA membantu penghasilan sel B dalam badan. Sel B merupakan satu sel imun dalam tubuh yang membantu penghasilan antibodi.

Mak-mak elok sangatlah mula berikan anak-anak  minyak omega-3 supaya anak-anak kurang dijangkiti selsema, alahan dan demam berpanjangan. Ini juga sebagai salah cara nak membantu protect  anak-anak kita daripada mudah terkena jangkitan penyakit seperti HFMD, demam campak dan lain-lain...

💖 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Sperma.

DHA & EPA penting dalam badan manusia sebagai fosfilipid yang membentuk struktur membran sel sperma (badan sperma).

Omega-3 penting untuk sperma yang matang dan sihat! Gabungan dengan Vitamin E sebagai suplemen yang membantu memberikan 'kehebatan' terhadap keaktifan dan kepaduan mobiliti sperma (meningkatkanb parameter air mani).

=========================================================================

Sebarang pertanyaan berkenaan vitamin Shaklee, boleh hubungi +601-23618431 atau +601-73129349. Follow Instagram @aminahsyuhadah  dan 'Like' Page SIHAT CERIA di FB Aminah Syuhadah untuk melihat lebih banyak produk Shaklee dan manfaatnya.








No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...