Friday 4 August 2017

7 CARA ELAK JADI TERLALU NEGATIF

'Negative Vibration' ada di mana-mana. Maka, Kita harus bijak menangani agar unsur-unsur negatif itu tidak menjejaskan diri Kita... 

Ada beberapa perkara yang boleh kita praktikkan untuk menjalani hari-hari indah Kita dengan lebih positif : 


🌻 Ubah Masa Tidur 

Jika anda Seorang yang gemar tidur lewat malam, cuba ubah masa tidur anda. Tidur lebih awal dengan jumlah jam biologi yang mencukupi, amat membantu kita menjadi seorang yang lebih berfikiran terbuka. 

Seorang dewasa hanya perlukan Masa rehat 5 - 6 jam sehari. Tidur lebih awal membantu kita bangun awal dan rasa lebih Segar dan bertenaga. Apabila bangun awal, mood menjadi lebih baik dan Kita dapat merancang hari kita dengan lebih baik.

Selain itu, bangun awal pagi juga telah dibuktikan dapat menghindarkan diri daripada penyakit mental! 


🌻 Bersenam

Aktiviti olahraga atau riadah atau mungkin bermeditasi seperti yoga, taichi, HIT, tabata dan aktiviti seumpamanya juga sangat membantu pengembangan minda yang positif. 

Cuba ikut step dalam Military.com 😝 Macam-macam senaman 15 minit yang ditawarkan seperti crunches, jumping jacks, push ups, skuat, senaman dumbbell Dan pilihan untuk kardio. Ini paling simple la untuk anda yang tak rajin nak ke gim atau nak keluar beriadah di taman... 

Namun, sebagai Seorang Islam, meditasi awal pagi terbaik adalah dengan BERTAHAJUD. 

Ia Bukan sekadar ibadat Biasa, malah ia adalah senaman khususnya untuk mencerdaskan otak. 


🌻 Minum banyak air 

Minum air putih secukupnya sekurang-kurangnya 2.0 liter sehari. Buah pinggang mampu menampung sehingga 1.0 liter air dalam masa 1 jam! 

Air putih Bukan sahaja boleh mengurangkan gejala negativiti minda, malah dapat membantu menurunkan berat badan!!! 


🌻 Berhenti melayari media sosial (especially yang merapu) 

Follow page di laman sosial yang boleh membina peribadi positif. Kongsikan kisah-kisah pengajaran yang positif yang boleh membantu orang lain menjadi lebih positif. 

Kurangkan Dan Cuba elakkan 'follow' rakan media sosial yang gemar mengangkat status yang 'kedengaran' negatif. Ikut naluri hati anda 😎


🌻 Minum Teh herba (greeny tea kot) 


🌻 Mene roka Alam semulajadi (hiking, traveling 😘😘)

🌻 Menulis journal peribadi (such as DIARY)

#DiariUstazah
#LiveAmazing

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...