Wednesday 9 August 2017

MANFAAT ASID LEMAK OMEGA-3 UNTUK KESIHATAN TUBUH KITA

💓OMEGA-3 Untuk Kesihatan Jantung 💓
******************************************

DHA & EPA ini adalah nutrien yang sangat baik sebagai anti-keradangan terutamanya pada salur darah.

Jika salur darah sihat, ia dapat membantu kelancaran peredaran darah Dan membantu jantung mengepam darah dengan cepat dan mudah.

Jika salur darah mengalami keradangan, ia akan meninggalkan plak pada salur darah, yang akan menyukarkan Dan mengakibatkan jantung stress semasa mengepam darah. Inilah sakit jantung terjadi.

💓 OMEGA-3 Untuk Kesihatan Minda 💓
*****************************************

Kesihatan Minda sangat penting untuk mengelakkan penyakit Alzheimer, supaya boleh berfikir dengan lebih pantas, Dan dapat menumpukan perhatian dalam aktiviti kognitif.

Otak terdiri daripada 60% lemak. Maka, amat perlu pengambilan makanan daripada sumber lemak yang sihat untuk menyokong kesihatan Minda.

DHA & EPA Bantu menyokong kesihatan neuron. Apabila sel neuron sihat, transmission antara sel neuron akan berlaku dengan lebih lancar.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...