PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
**
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّه
_*Dari Abi Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang melaksanakan ibadat haji ke Baitullah dan ia tidak bersetubuh dengan isterinya, tidak melakukan kefasikan maka ia akan kembali seperti ketika dilahirkan ibunya (bersih dari dosa)*_ (HR Bukhari No:1690) Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1. Orang yang melaksanakan ibadah Haji dengan tidak melakukan perkara yang dilarang akan diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan
2. Apabila seseorang melaksanakan ibadat haji dan menjauhi apa-apa yang Allah haramkan, berupa rafats iaitu hubungan suami isteri, fusuq iaitu meninggalkan perbuatan fasik dengan melakukan ketaatan, dan tidak meninggalkan apa-apa yang Allah wajibkan, serta tidak melakukan apa yang Allah haramkan, maka ia kembali dari ibadat haji dalam keadaan bersih dari dosa. Sebagaimana seseorang keluar dari perut ibunya tanpa membawa dosa.
3. Ibadat haji yang dilaksanakan akan menjadi penghapus dosa apabila dilaksanakan mengikut peraturan dan larangan. Imam al-Nawawi dalam Kitab Al-majmu’: “Apabila seseorang ingin mengerjakan ibadat haji maka ia wajib mempelajari tatacaranya, kerana tidak sah ibadah dari orang yang tidak mengetahuinya.”
*Bagi jemaah haji, pastikan ibadat haji yang dilakukan mengikut peraturan dan mematuhi larangan agar ia menjadi pengampun dosa kita*.
17hb Ogos 2017
24hb Zulkaedah 1438H
*CopyPaste*
No comments:
Post a Comment