Sunday 27 November 2016

UPIN IPIN JENG JENG JENG

Jom layan mata!!!

Sebagai reward kepada permulaan cuti sekolah ibu, aisyah dan ainin..... heheheh.. berlebih-lebih pulak si ibunye ni hahhahaha.... 

[UPIN IPIN JENG...JENG...JENG]

Kisah kali ini menceritakan tentang kehidupan anak-anak yatim di Rumah Kasih Darul Makmur dengan tema "takkan terpisah".

Watak-watak utamanya Awie, Abg Bo, Kak Nor, Aqish, Upin dan Ipin.

Sambil menonton sambillah ibu dan ayah terangkan pengajaran setiap babak dalam kisah ini...

1. Tak boleh aniaya anak yatim (dalam surah al-Maa'uun)

2. Buat jahat dibalas kejahatan

~ yang ni part mamat bernama Zaman yang tetiba datang nak rampas semula tanah rumah anak yatim tu. Rupanya mamat ni berhutang RM400 ribu dengan orang lain. Tapi akhirnya dia pun bantu Abg awie dan abg Bo cari sponsor untuk buat konsert amal tu :-)

3. Kena berusaha untuk dapatkan sesuatu

~ Abg awie dan abg Bo berusaha cipta lagu untuk jual kepada mr.Lavid bagi mendapatkan dana untuk bayar cagaran rumah kasih darul makmur tu.

4. Kerja berkumpulan

~ 'Abg Jahat' a.k.a Zaman, Abg Awie, abg Bo, Kak Nor bersama-sama cari sponsor untuk konsert amal .

5. Kena berkasih sayang

~ watak Upin dan Ipin bantu menceriakan hari-hari Aqish ;-)

~ semua orang saling menyayangi ;-)

Sebenarnya, baanyaaaakkkkk sangat nilai-nilai murni dalam kisah ni. So, IBUBAPA memang WAJIB bawak anak-anak anda tonton cerita ini!!!! Hehehhe...

#upinipinjengjengjeng
#GT12

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...