Friday 4 November 2016

MUHAMMAD S.A.W ~ GOOD LOOKING

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari al-Baraa, dia berkata:

🌹Rasulullah SAW. adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling baik akhlaknya.
🌹Beliau tidak berbadan terlalu tinggi dan juga tidak pendek.

(Sahih al-Bukhari : 3285)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Anas ra, dia berkata:

👤Nabi SAW. memiliki tangan dan kaki yang besar, wajahnya tampan, saya belum pernah melihat orang yang menyerupainya baik sebelum dan sesudahnya, telapak tangan beliau juga lebar.

(Sahih al-Bukhari : 5456)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Anas ibn Malik ra:

👤Rasulullah SAW. tidaklah terlalu tinggi dan tidak juga pendek.
👤Kulit beliau tidak terlalu putih dan juga tidak terlalu kecoklatan.
👤Rambut beliau tidak terlalu keriting dan tidak lurus.
👤Beliau diutus oleh Allah saat usia beliau 40 tahun lalu beliau tinggal di Mekkah selama 10 tahun dan menetap di Madinah selama 10 tahun.
👤Kemudian Allah mewafatkan beliau sementara rambut yang beruban pada kepala dan janggut beliau tidak lebih dari 20 helai.

(Sahih al-Bukhari : 3284)

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari 'Uqbah ibn al-Harits, dia berkata:

👦🏻Abu Bakar R.A mengerjakan solat asar kemudian keluar berjalan kaki, lalu ia melihat al-Hasan (cucu Nabi SAW.) sedang bermain dengan anak-anak kecil lainnya, lalu Abu Bakar menggendongnya di atas pundaknya kemudian berkata:
_👦🏻Demi bapaku, mirip sekali dengan Nabi dan tidak mirip dengan Ali._

Maka Ali pun tertawa.

(Sahih al-Bukhari : No.3278)

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...