Thursday 10 November 2016

LEGAKAN DEMAM DENGAN AIR DAUN BUNGA RAYA PUTIH

Bunga raya putih
------------------

Sejak beranak-pinak ni, macam² petua la ummi belajo..terutama bila anak tak sihat...

Ummi bagi jugak makan ubat demam, vitamin c dan lain², tapi petua²  pun ummi amal jugak...

Salah satunya yang memang  ummi amal sampai anak dah 5 ni, bila anak demam panas, jelum kepala n sapu badan anak dengan air daun bunga raya putih.. sampai dah tanam la pokok bunga raya putih depan umah...

Caranya..
→ ambil beberapa helai daun bunga raya putih, agak² la..segenggam pun boleh... bersihkan..

→ dah bersih, letak air bersih dan daun dlm satu bekas, then ramas daun tu sampai keluar lendir² dan air betukar hijau sket...
Kemudian, tapis utk asingkan daun dan air..

→ sekarang, dh boleh guna air tu samada terus sapu di kepala atau basahkan tuala dengan air bunga raya tu dan letak di kepAla.. boleh juga sapu² di bahagian² pelipat kaki tangan..

InsyaAllah.. panas cepat turun.. bonusnye, rambut hitam dan lebat... cuba la ye :)

Credit to Ieda Farida
#GT12

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...