Serasa saya, semua orang kot sedang merancang dan bercita-cita untuk menamatkan perkhidmatan pekerjaan masing-masing lebih awal dari usia pencen wajib. Betul dak?
Saya pun sama ;-) hikhikhik
Tapi...semua itu akan jadi lebih mudah tercapai jika kita dah mula merancang kewangan yang perlu kita ada semasa dan selepas usia pencen. Saya dan suami pun telah merangka dan sedang melaksanakan #planpencen kami :-)
#usiapencenkami
2016 ~ umur saya 30tahun. Usia pencen wajib saya pada 58tahun (2044). Dan suami 33 tahun, usia pencen beliau pada 60tahun (2043).
Tapi... kami merancang untuk menikmati usia pencen lebih awal.....melalui saat bercinta semula.... sebab ketika usia itu, anak-anak pun dah ada kehidupan mereka kan ;-)
So sekarang, apa yang kami buat? OK, jom kongsi ;-)
♡ Bekerja macam biasa. Jangan culas.. be honest!
♡ Jalankan 1 pendapatan tambahan ~ bisnes online ke....bisnes offline ke.... buat ruma sewa ke...
♡ Duit simpanan ~ beli sebidang tanah. Bina sebuah rumah.
Semasa pencen, kami mahu :-
※ memancing.
※ melancong ~ ziarah masjid-masjid dalam Malaysia dan pusat-pusat tahfiz @ pondok.
※ main dengan cucu di laman rumah yang luas.
Waaahhhhh...... bestnye!!!!! Tak sabar nak pencen! Tapi, sebelum tu, kenalah lakukan sesuatu sebelum dapatkan apa yang diimpikan. Semoga impian saya, suami dan anda semua dimakbulkan Tuhan setelah berpenat lelah berusaha ;-) aamiiin...
No comments:
Post a Comment