Tuesday 22 November 2016

Kuman Lagi Bijak

Belum lagi selesai isu antivaksin, sekarang dunia berdepan dengan masalah superbug pulak, iaitu kuman yang kebal dengan antibiotik. Saya cakap ni dalam bidang immunologi la. Kang kena kecam pla sebab masalah dunia memang banyak lagi.

Kuman sekarang ni dah pandai. Lebih pandai daripada manusia. Pendek kata dorang memang 1 step ahead. Kita cipta 1 antibiotik untuk topi warna kuning. Dia pakai pula topi merah, terus ubat kita tak boleh kesan. Begitulah jadinya revolusi kuman kebal
kepada antibiotik.

Ada yang sihat je macam biasa tapi perlukan rawatan sebab lain tapi dikesan ada organ yang rosak pula sebab jangkitan kuman. Nak tak nak, memang terpaksa tingkatkan imun untuk melawan jangkitan kuman2 tu. Sebab sistem imun kita bunuh kuman tak sama dengan ubat2 tu. Tak payah nak tengok pakai topi apa, dia ngap je semua.

Bagaimana saya bantu anak2 & ahli keluarga tingkatkan sistem imun:

1. Vaksin - saya faham kalau ramai ibu bapa yang risau kesan sampingan vaksin tapi percayalah kesan penyakit tu lagi teruk daripada kesan vaksin.

2. Susu ibu sampai 2 tahun. Titisan susu ibu pertama iaitu kolostrum adalah titisan emas yang mengandungi kandungan antibodi yang sangat tinggi.

3. Bekalkan makanan yang berkhasiat, yang ada karbohidrat, protein & zat2 lain. Anak sulung saya memang picky eater. Kadang2 makan nasik kosong je. Sayur jangan haraplah. Jadi saya selalu buat sup sayur. Dia suka sup, harap2 ada juga khasiat sayur dalam sup tu.

4. Jaga emosi. Dalam hidup kita memang sentiasa stress la kan? Tapi bina suasana happy & tenang dalam rumah. Sebab stress boleh melemahkan sistem imun. Sekarang saya pasang radio quran tu dalam rumah, sebab kami memang tak tengok TV sangat. Semoga tambah berkat rumah kami.

5. Suplemen untuk tingkatkan sistem imun. Yang jadi amalan kami sekeluarga ialah Nutriferon, Omega Guard, vitamin C dan Vivix untuk saya & suami.

Sekali sekala kena selsema tu biasalah. Tapi kalau asyik MC je, kena buat sesuatu lah.
Tak cool ok, balik2 selsema & perlukan MC atau antibiotik.

Credit to Fyda Noh
#tsunamishaklee

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...