Friday 16 September 2016

TABUNG AGIHAN PENDAPATAN

[TABUNG AGIHAN PENDAPATAN]

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Alhamdulillah... hari ini merupakan hari pembayaran a.k.a upah a.k.a gaji ke atas segala usaha ustazah dalam mendidik anak bangsa mengenal erti hidup, mengenal huruf-huruf AlQuran....diharapkan gaji yang diterima ini diberkati oleh Ya Razzaq...aamiiin...;-)

Okey, sebenarnya kat sini ustazah nak kongsilah sedikit tentang ke mana hasil upah kerjaya ustazah ini diagihkan. Iyelah, dalam akaun duit kita tu sebenarnya bukan kesemuanya adalah milik kita. Sebahagian daripadanya Allah SWT tumpangkan hak orang lain di dalamnya, sebagai peringatan kepada diri ustazah bahawa perlu diagihkan kepada yang berhak menerimanya.

Korang pon sama kan?? Hahahah 

Apapun, ustazahbakan pastikan :-

1. Bayar dulu hutang bank ~ kereta/rumah/pinjaman peribadi jika ada.

2. Transfer bahagian mak dan abah serta adik2 yang memerlukan ~ setakat ni adik bongsu ustazah je yg kritikal hahhaha ....
Dan seorang lagi adik yang baru mula bekerja, pon ustazah bantulah sikit2...

3. Takaful anak2 juga tidak dilupakan...manalah tahu, jika ada rezeki dijemput awal olehNya, sekurang-kurangnya adalah sedikit sumber kewangan untuk mereka2 yang menguruskan waris ustazah tu nanati...

4. Setelkan jugak segala bil seperti maxis, redOne...

5. Allocate Sedikit jumlah untuk beli vitamin keluarga kami ;-) ini sebagai #selfreward lah. Nak sihat, haruslah ada sedikit pelaburan kan...hihi

6. Baki yang ada~ bayar yuran kelab guru/hutang kawan2 yang tertangguh....maaf jika ada yang belum langsai :-(

7. Jangan dilupakan untuk penuhi tabungan menunaikan haji di akaun Tabung Haji ye! Heheheh..yang ini seringkali dipinggirkan. Sedangkan ia merupakan tuntutan yang ke-5 dalam Rukun Islam.

#tipspengurusankewangan
#cekapuruswang

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...