Thursday 15 September 2016

SI PENCURI HATI

«IDOLA SAYA»

Dalam sesebuah rencana kehidupan, kita memerlukan sesuatu (atau seseorang mungkin), sebagai penggalak (push factor) untuk kita lebih maju dan lebih gigih berusaha bagi mendapatkan sesuatu.

Begitu jugak dengan diri ustazah. Di zaman remaja, ustazah menjadikan abah dan mak ustazah sebagai idola dalam kehidupan peribadi ustazah... mak ustazah seorang suri rumah...tapi beliau amat gigih membuat kuih-muih dan menjualnya serta mengambil uoah menjahit pakaian demi membantu abah mencari duit lebih bagi menampung keperluan harian kami. Abah ustazah seorang peneroka Felda, yang kerjanya saban hari turun ke ladang sawit dengan menaiki motor kapcai C70 itu, demi sesuap nasik dan bayaran yuran persekolahan kami adik beradik. Alhamdulillah...kami adik beradik berjaya menamatkan zaman persekolahan hingga ke peringkat SPM.

Kini, ustazah menjadikan SUAMI sebagai idola dalam bisnes vitamin dan suplemen ini kerana beliau seorang yang sangat teliti tentang perancangan masa depan terutamanya dalan bab kewangan. Ustazah berdoa kepada Allah SWT agar Dia sentiasa melimpahi suami ustaZah dengan rezeki yang tidak putus-putus serta dihindari daripada ditindas oleh orang lain. Aamiiin....

*****************************************

Jadi di siNi UstazahCeria nak pesan,

1. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola daalam setiap urusan kehidupan seharian kita. Ikuti dan hayati setiap amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW. mudahan kita akan dirindui dan dinanti oleh Baginda di Mahsyar kelak.

2. Sentiasa muhasabah diri bagi menambahbaik prestasi peribadi agar cantik dan berkualiti di mata Allah SWT dan Rasulullah SAW.

3. Berkasih sayang dan berkata baik2 dengan ibu bapa, anak yatim, orang tua dan fakir miskin.

Sampai di sini dahulu ye. Nanti kita sembang lagi. Wallahu a'lam...Sekian....

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...