Friday 16 September 2016

PERCUTIAN IDAMAN

JELAJAH BALKAN ~2018
**************************

Inshaa Allah, perancangan percutian kami seterusnya adalah Umrah Ziarah Balkan.

Memang berhajat lama dah nak ke Bosnia, Cappodocia, Istanbul, Turkey tu, tapiii.... hmmm...osngkosnya belum cukup...hehehehhe... inshaa Allah tabungan berlebihan, berhajat bawak anak2 dan mak abah ustazah dan mertua bersama ;-)

'Jauh berjalan, luas pengalaman'
----------------------------------------------------

Yes!!!! Pepatah itu bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW yang mengajak ummatnya mencari ilmu dengan melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT. Bahkan bukan sekadar melihat, tetapi berfikir dan menganalisis hikmah di sebalik setiap keindahan tersebut.

Contohnya, dengan melihat keindahan bentuk muka bumi negara orang, secara tidak langsung kita dapat memuji betapa Allah SWT itu bisa menjadikan bumi ini tempat yang sangat unik untuk didiami.

Selain itu, kita dapat mengenali cara hidup dan gaya sesebuah masyarakat yang berbeza dengan tempat kita. Apakah hikmahnya Allah SWT menciptakan manusia yang pelbagai rupa, adat kebiasaan dan perbezaan itu? Sama-samalah kita fikirkan hikmahnya...;-)

Sebenarnya, semua itu adalah 'ilmu' yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Melalui pengalaman berkunjung ke tempat di luar tempat tinggal kita itulah ilmu yang boleh kita gunapakak untuk menambahbaik taraf hidup kita..inshaa Allah...

****************************************
Okeylah, sampai siNi dululah celoteh ustazah. Dah rasa macam tazkirah dalam kelas pulak.hahahha. semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang membacanya ;-) sekian....

#jauhberjalanluaspengetahuan
#percutianidaman

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...