Friday 16 September 2016

SOLAT JENAZAH GHAIB

Panduan Solat Jenazah
Ghaib

Setelah mengambil wuduk dengan sempurna

1. Niat "sahaja aku solat jenazah lelaki ghaib 4 takbir kerana Allah ta'ala"

2. Mengangkat takbir pertama dn membaca surah ALFATIHAH

3. Mengangkat takbir yg ke 2 dan membaca SELAWAT 
اللهم صلى على محمد وعلى ءال محمد

4. Mengangkat takbir ke 3 dan membaca DOA KHUSUS kpd almarhum:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ،

5. Mngangkat takbir yg ke 4 dan sunat membaca DOA umum kpd seluruh arwah muslimin dn muslimat

6. Memberi salam

* sunat membaca doa selepas solat jenazah

* bagi muslimat dan muslimin yg tidak sempt/dapat solat berjemaah boleh menunaikan solat jenazah secara sendirian walau dalam rumah atau pejabat.

Wallahu'am.

Solat Ghaib

Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya:�Pada hari kematian raja Najasyi (Raja Habsyah), rasulullah s.a.w mengumumkannya kepada orang ramai. Sesudah itu baginda pergi ke tempat solat, lalu baginda takbir empat kali (solat ghaib).�

Huraian Hadith: 

Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah.

Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah: 

1. Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat. 

2. Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh) 

3. Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan. 

4. Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.
[8:01PM, 9/16/2016] ‪+60 13-935 2750‬: DALIL SOLAT JENAZAH GHAIB :

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan :

أَنَّ النَّبِيَُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى النَّجَاشِيَّ لأَصْحَابِهِ وَ هُوَ بِالمَدِيْنَةِ وَصَلَّى عَلَيْهِ وَ صَلُّوْا خَلْفَهُ (رواه الشيخان)

Bahwasanya ( pada suatu hari )
, Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam  memberitahu para shahabat tentang kematian Najasyi. Lalu, Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam mengajak para shahabat untuk bersolat ke atas Najasyi. Mereka ikut solat di belakang Baginda. [ HR Bukhari Muslim ]

INTISARI :

♡ ~ Solat Jenazah Ghaib ialah solat yang dilakukan untuk jenazah atau mayat yang berada di negeri atau daerah lain, baik dekat mahu pun jauh.

♡ ~ Batasan ”ghaib” adalah bila seseorang berada di sebuah tempat di mana panggilan azan sudah tak kedengaran . Di dalam kitab Tuhfah disebutkan: Jika sudah di luar jangkauan seperlaungan.” [ Bughyatul Musytarsyidin ]

♡ ~ Sunat solat ghaib ketika mendengar berita kematian seorang muslim yang lain bila tidak mampu hadir di tempat jenazah disolatkan dan dikebumikan.

♡ ~ Menurut Imam ar-Rayani,  Sah Solat jenazah secara ghaib setelah jenazah dimandikan. Begitu juga sah solat jenazah secara ghaib setelah jenazah dikebumikan  [ Kifayatul Ahyar ]

♡~ Harus melakukan satu solat jenazah ghaib untuk jenazah yang ramai dengan niat umum seperti : "  aku niat solat untuk para jenazah muslim " atau  berniat : " Aku  solat ke atas mereka yang disolatkan oleh imam "  [ Fathul Mu’in, dan I'anatut Thalibin II, 132-135 ]

♡~ Cara melakukan solat ghaib adalah sama seperti  solat janazah hadir iaitu niat, takbir empat kali, dan membaca bacaan seperti bacaan solat jenazah hadir dan diakhiri dengan salam.

UCAPAN :

●Takziah diucapkan kpd seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tuan Guru Prof. Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz. Semoga Allah mengampuni dan merahmatinya. Aamiiin

PESAN :

Sama - samalah kita solat jenazah ghaib buat almarhum Tuan Guru yang sangat kami cintai..

Akhukum Mohd Hazri al- Bindany.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...