Wednesday 14 September 2016

CEGAH ZIKA, CEGAH DENGGI, CEGAH AEDES

Virus ZIKA dibawa oleh nyamuk yang sama dengan virus DENGGI iaitu aedes. Oleh itu, kita harus tahu cara untuk menghindari nyamuk ini.

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Atau pun, sapu HERBAL BLEND pada seluruh badan sebelum keluar dari rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

=================================

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.

Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.

Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

=================================

SET CEGAH ZIKA DAN DENGGI
*******************************
1. Herbal Blend

Sapukan seluruh badan yang terdedah dengan #herbalblend untuk mengelakkan daripada gigitan nyamuk. Kemudian, pakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang sama ada kanak-kanak mahupun orang dewasa.

2. Vitamin C

Seperti yang diketahui umum, vitamin C merupakan sumber imunisasi. Namun, vitamin C dalam SR VITA-C PLUS dilepaskan secara berterusan selama 24jam.

3. Nutriferon

Diekstrak daripada 4 tumbuhan, menjadikan penggalak imunisasi. Gabungan nutriferon dan SR Vita-C Plus membantu membina kekebalan sistem pertahanan tubuh yang lebih baik dan efektif.

UstazahSihatCeria
012-3618431
017-3129349
Shaklee ID 885244

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...