Thursday 15 September 2016

MUJAHIDIN KITA....

Para guru yang meninggalkan kita, dikenali sebagai orang orang yang istiqamah di atas jalan perjuangan. Saya terkenangkan pemergian mereka,

1. Almarhum Ustaz Fadhil Noor, yang pergi menemui Allah SWT sebagai Presiden PAS

Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang pergi menemui Allah SWT sebagai seorang Mursyidul Am PAS.

2. Almarhum Tuan Guru Harun Taib, yang pergi menemui Allah SWT sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

3. Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, yang pergi menemui Allah SWT sebagai AJK PAS Pusat (Pendidikan)

4. Almarhum Pak Long Syeikh Muhammad, yang pergi menemui Allah SWT sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

5. Almarhum Ustaz Kamaruddin Awang Basir, yang pergi menemui Allah SWT sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS Perak.

6. Almarhum Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik yang pergi menemui Allah sebagai rujukan ahli ahli PAS.

7. Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din yang pergi menemui Allah sebagai Mursyidul Am PAS.

Ada dari kalangan mereka yang pergi menemui Allah SWT sebagai ahli PAS, anggota Unit Amal, Guru Pasti, pelajar Pasti, ahli kumpulan ARC, penyokong, dan banyak lagi.

Masing masing bertugas di posisi masing masing hingga ke hujung nyawa. Segalanya menjadi saksi di hadapan Allah, dan ahli jemaah ini akan menjadi saksi terhadap jasa mereka untuk jemaah ini.

****************************************
- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...