Friday 16 September 2016

HEALTHY SHOPPING~KELAB DOKTOR MUDA

02 SEPTEMBER 2016 : JUMAAT
********************************

UstazahCeria sukarela bawak anak-anak Kelab Doktor Muda SK Sg.Kapar Indah, Klang ke Aktiviti Kembara Pasaraya Sihat Kelab Doktor Mudah Daerah Klang ke Pasaraya GIANT Seksyen 13, Shah Alam...

Kami ke sana konon-kononnya untuk belajar bagaimana membeli-belah barangan makanan yang berkhasiat berdasarkan piramid makanan. Seronok jugak aktiviti begini. Sekurang-kurangnya dapat menambahkan pengalaman dan kesedaran anak-anak kita untuk membeli sesuatu yang lebih bermanfaat. So, takdelah nanti tiap kali pegi shopping mall je, mata dan troli tu asiiikkk ler tuju ke tempat jajan aje...hehhehe...

Okey, aktivitinya mudah dan menyeronokkan..tapi sebelum UstaZah bawak mereka ke sini, dah pesan dah siap-siap suh cari dan hadam info tentang piramid makanan. Maka, setiap soalan yang diberikan, mudahler deme menjawabnye...heheh

Tapi ade juga yang tak baca!! Maka terkebil-kebil la masa mendengar soalan yang ditanya.

Mereka diberikan 5 keping kad yang mengandungi arahan untuk mencari makanan tu lah...berdasarkan piramid makanan! Pastu, apa lagi, bergegaslah masing-masing dengan troli ke tempat barang makanan...hahahha nampak lucu pulak gitu @@

Dah habis aktiviti mencari barang makanan, kena present lah pulak setiap makanan yang diorang pilih tu tadi....rupanya, ade yang tak kenal ubi keledek!!!! Waaarrrghhhhh!!!!

Penat sudah beraktiviti. Sebelum balik, Ustazah belanja lah deme ni makan nasik ayam Uncle Jack kat dalam tu je. Sebab dah lapo sangat!!! Takut tak sempat nak makan kat luar....

=================================

Sebenarnya kan, ustazah teruja jugak masa join aktiviti ini!! Masa tu rasa macam ustazah pulak tengah bershopping beli barang untuk berdetoks!! ;-P wahahahahah.... apa pun, berjayalah ustazah terapkan elemen kesihatan kepada budak-budak ni tadi semasa duk pilij-pilih makanaan yang sesuai untuk tahap mereka.... :-)

korang pun kena tahu cara pemilihan makanan yang memenuhi gizi pemakanan korang! Jangan asyik nak neli coklat dan benda-benda bergoreng or 'frozen' aje tau. Tak bagus untuk kesihatan!

Selamat beramal :-)

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...