Friday 9 September 2016

BALIK KAMPUNG....Hoohoo BALIK KAMPUNNGGG...

Salam sihat ceria di pagi 16 Syaaban 1438H yang indah ;-)

Hari ni balik kampung Chini, Pahang. Macam biasalah kami kalau cuti perayaan memang ikut laluan Kuala Pilah ler... rileks-rileks sudahhh...

Okey, kat sini ustazah nak kongsikan tips pulang ke kampung di waktu musim perayaan.. ;-)

=================================

1. Ustazah dan keluarga pilih memulakan perjalanan pada awal pagi. Kenapa? Sebab pemanduan pada waktu pagi lebih segar dan masa lebih panjang. 

2. Bersarapan pagi . Sama ada di rumah sebelum keluar, atau bawak bekalan makanan dan letakkan dalam bakul makanan, boleh makan dalam kereta. Tapi jangan makan bersepah-sepah tau! Nanti ayah marah. Hahahha..

3. Kalau ayah mengantuk, minta beliau berhenti rehat m di R&R atau tukar drive dengan mak. Tapi ustazah dah sediakan siap-siap #energytea CINCH TEA untuk 'pemandu' ustazah dan ustazah sendiri ;-)

4. 'Penumpang-penumpang' kecil ustazah di tempat duduk belakang pun ustazah sediakan #energydrink PERFORMANCE DRINK berperisa oren supaya mereka ceria.

Okeylah, ustazah bagi 4 tips dulu ye. Mengantuk pulak menaip dalam kereta ni.. kesian driver ustazah kat sebelah takde kawan nak sembang.

Sekian.....

1 comment:

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...