Monday 12 March 2018

REBUT PELUANG YANG DATANG

Saya sangat meminati Aamir Khan. Lebih tepat lagi, watak lakonan dan filem-filem arahan beliau.

TAARE ZAMEEN PAR

Sebuah filem arahan beliau sendiri yang diadaptasi daripada realiti kehidupan kita.

Ishaan, 8 tahun, seorang kanak-kanak yang mempunyai kehidupan yang penuh imaginasi. Sebenarnya, Ishaan adalah pengidap Disleksia, satu daripada kelainan upaya.

Permulaan cerita, ditunjukkan keluar nombor-nombor dari kepala Ishaan sedang menari-nari . Hahahahahah.... Ishaan dengan yakin, terus menuliskan nombor itu di atas kertas jawapan peperiksaannya. Padahal, jawapan itu salah! Hahahahah....

Tapi,  Ishaan ni sangat suka dan kreatif dalam bidang seni. Ishaan ada sebuah buku nota. Dalam buku tu, penuh segala macam lukisan yang sangat cantik. Penuh imaginasi. Hasil tangan Ishaan.

Tapi, mak ayah Ishaan ni rasa sangat kecewa dengan Ishaan. Sedangkan abang Ishaan, Yohaan, sangat cemerlang dalam akadekik, seorang atlet sekolah dan disayangi oleh guru-guru.

So, mak ayah Ishaan menghantar Ishaan ke sekolah berasrama. Tapi Ishaan tak suka dan sangat sedih.

Kemudian, ada seorang guru seni masuk ke sekolah Ishaan. Namanya Mr Nikumbh. Ni lakonan Aamir Khan.

Cikgu Nikumbh lah yang berjaya mengenalpasti bakat dan kebolehan Ishaan yang sebenar. So Cikgi Nikumbh pun pergi berjumpa  ibubaapa Ishaan di Mumbai dan terangkan keadaan sebenar Ishaan.

Hmmmm... sebenarnya, cikgu Nikumbh ni sendiri adalah pengidap Disleksia. Tapi beliau berjaya kerana diberikan peluang dan laluan yang sepatutnya untuk beliau.

.......

Dari cerita ni, saya dapat satu pengajaran.

KENALI DIRI DAN POTENSI

Setiap manusia adalah berbeza, unik dan istimewa. Dan setiap kita wajib diberi peluang dan mengambil setiap peluang yang ada serta manfaatkan sepemuhnya peluang yang diberikan.

Macam sayalah.

Dulu, tak tahu pun dalam diri ni ada jiwa guru. Jiwa guru tu maksudnya penyayang, penyabar, penyantun... hehehe....

Rupanya bila saya muhasabah balik, oh betullah! Saya boleh jadi seorang yang penyayang, penyabar dan penyantun. Tapi kena belajar dan terapkan dalam hati dan diri untuk.menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan penyantun.

Dulu,
Tak tahupun saya ni business-minded punya orang rupanya. Hahahah... padahal, saya datang dari business background family. Huhuhu.... pakcik makcik saya ada syarikat sendiri. Sepupu-sepapat ada bisnes homestay. Mak saya pulak, tukang jahit dan penjual kuih-muih tradisional.

Si Ishaan tu,apabila cikgu Nikumbh bagi peluang untuk dia persembahkan hasil seni dia masa acara besar sekolah, Ishaan sungguh-sungguh ambil peluang  dan lakukannya dengan betul! Sampaikan Mak Ayah dia terkejut  menangis!

Maka saya belajar sesuatu. Peluang tak datang berkali-kali, mungkin. Jadi, jika ada peluang, terus rampas dan lakukan dengan sepenuh jiwa, jadikan yang terbaik! Inshaa Allah. Niat yang ikhlas disokong dengan kegigihan, pasti berjaya. 😎💪

......

Okey, jom sambung menanda kertas jawi. Hihihi...

#diariustazah
#daretodream

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...