Monday 5 March 2018

HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE

Pernah dak jumpa buku ni?

Saya pernah baca buku ni 3 tahun lalu, di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

Best buku ni. Sebab saya adalah FB dan IG lover. Hahahha....

Isi dalam buku ini sebenarnya bantu kita nak bina diri kita sebagai influencer. Menjadikan diri kita sebagai pengaruh besar kepada orang lain. Tak kiralah dari sudut penulisan, berpakaian atau pemikiran.

So sebagai pengguna tegar laman sosial, bagus jugak baca buku2 begini. Sekurang-kurangnya, saya dapat pengaruhi stalkers fb dan followers ig saya melalui penulisan. Hihihi...

Buku ni,

Mengajar kita bagaimana nak tarik orang untuk menghayati cara kita berfikir.

Lebih2 lagi korang yang buat bisnes atas talian ni. Sebelum jual barang, kena jual diri dulu. Jual idea dan pandangan. Biar orang nampak siapa diri kita. Kira macam self-branding la.

Buku ni ajar jugak cara bagaimana nak tangani komplen, macam mana nak elakkan perbalahan (jika ada provokasi), dan bagaimana kita nak kekalkan perhubungan dengan penuh harmoni.

Kalau korang perasan, dulu, penulisan saya di FB lebih merapu. Huhuhu... tapi, saya mula perbaiki selepas baca buku ni. Dan sejak itu, saya baru perasan yang saya ada 1284 followers di FB ini.

Selain itu,
Buku ni pandu kita untuk jadi individu yang lebih baik dan positif.

Bagaimana nak buat orang suka dengan cara kita, penulisan kita, idea kita.....

Sebenarnya, buku ni banyak mengingatkan saya tentang kerjaya saya.

Contohnya, kita nak murid2 sayangi kita, kita kena ingat setiap seorang murid kita tu. Orang, kalau kita ingat nama dia, dia suka kan? Rasa lebih dihargai. 

Kita nak orang terima pandangan kita. So sebaik mungkin elakkan perbalahan. Kalau orang tu tak setuju dengan pendapat kita, tak mengapa. Raikan perbezaan. Elakkan perbalahan.

Jika dia berikan pendapat dia, never say 'you are wrong'! Kalau kita berikan pandangan yang salah atau kita bersalah, cepat2 mengaku. Jangan sedaya upaya menegakkan benang yang basah.

Jadi pemimpin atau leader, pun macam tu jugak. Contoh terdekat, saya sendiri.

Mulakan hubungan dengan penghargaan. Hargai orang sekeliling dan orang bawahan.

Sentiasa muhasabah kesilapan sendiri sebelum mengkritik kesalahan orang lain. Kita kan ketua. So, diri kita adalah ikutan pimpinan kita.

Sentiasa beri galakan kepada anak buah. Sentiasa beri penghargaan terhadap setiap penambahbaikam yang dibuat oleh  anak buah.

Dan....
Yang paaaliiinggg penting, kita  buat orang seronok dan gembira melaksanakan idea kita..... 😊😊😊

Hahhh!!! Anak2 buah team #sihatceria , carilah buku ni. Best tau! Inshaa Allah membara semangat  korang nanti!  😘😘😘😘👍👍 hihihi...

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria .

#diariustazah
#leadersarereaders

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...