Friday 16 March 2018

APA YANG SAYA DAPAT DENGAN BISNES SHAKLEE

Bila kita rancang nak buat sesuatu, objektifnya mesti jelas, apakah yang kita nak orang sekeliling kita dapat daripada perancangan kita tu.

Saya buat bisnes vitamin atas satu sebab utama.

T R A V E L . M E L A N C O N G .

Dua perkara tu sebenarnya hobi saya dan impian saya.

Gaji tugas hakiki hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hidup harian. Tapi untuk menampung #hobimahal saya tu, saya perlukan 'gaji' yang lebih lumayan.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka, saya dapat apa yang saya impikan! Mengisi masa terluang dengan membawa anak2 dan suami travel ke seluruh pelosok negara. Dalam mahupun luar negara.

Sekarang ni, dalam perancangan nak bawak Mak dan Abah sekali pergi Bali. Tapi masanya belum dapat ditetapkan atas sebab jadual kerja yang padat.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka ni jugak, saya dapat tambah sikit duit belanja untuk Mak dan Abah berbanding sebelum ini, ngam2 je bagi. Huhuhu.....

Ini adalah hasil 'suka-suka'. Hmmmm..... dah dapat bayangkan dah, kalau saya buat bisnes vitamin ni secara serius dan konsisten  😎

Tapi jangan risau! Saya belum berniat nak resign awal dari perjawatan sekarang. Sebab saya sayangkan kerjaya saya yang sekarang. Bisnes ini banyak mengajar saya menghargai dan merancang dengan baik apa jua yang kita mahukan dalam kerjaya hakiki kita. 😘😘😘😘

Okey,
Sambung siapkan tanda kertas peperiksaan!

#diariustazah
#daretodream
#liveamazing
#shakleeeffects

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...