Wednesday 14 March 2018

MAKAN VITAMIN YANG ADA KAJIAN

Sejak sambung pengajian sarjana lanjutan tiga tahun lalu, hidup aku sentiasa penuh dengan persoalan.

Maklumlah, diajar oleh Doktor2 Falsafah di UKM,semuanya begitu. Kenapa, kenapa dan kenapa.

Samalah dengan gaya hidup aku seharian. Daripada amalan pemakanan hinggalah gaya hidup yang sihat yang aku amalkan.

Sebenarnya, aku ada masalah kesihatan yang besar.

Aku RABUN.

Sejak zaman sekolah lagi, aku sentiasa mencari maklumat-maklumat tentang amalan pemakanan dan cara nak hilangkan rabun aku ni. Semuanya melalui pembacaan.

Kebanyakan info yang aku dapat, adalah berkenaan pengambilan sumber makanan tertentu yang baik untuk kesihatan mata atau rabun aku ni.

Manfaat lobak merah. Manfaat sayur-sayuran hijau. Macam-macamlah!!!

Sampai sekarang pun, aku masih lagi mencari-cari maklumat tentang diet sihat. Terutama sumber-sumber makanan yang mengandungi mineral yang badan kit perlukan.

Dah kawin, nak tahulah pulak, makanan apa yang kena dimakan untuk kekal cergas, baby dalam perut sihat, baby dalam perut keluar-keluar je terus cerdik, makanan untuk kurus, makanan untuk kulit cantik...hahahah...

Dan memang tepatlah aku pilih Shaklee!

Sebab?
Setiap vitamin Shaklee tu ada fungsinya dan fungsi am vitamin-vitamin memang ngam dengan info-info tentang pemakanan.

Pastu Shaklee ni look and move two steps forward. Siap ada kajian pemakanan lagi! 

Ini dipanggil L A N D M A R K . S T U D Y .

#LandmarkStudy yang Shaklee buat ni mengesahkan tentang tahap kesihatan (1)orang yang tak makan apa-apa suplimen, (2) orang yang makan suplimen, dan (3) orang yang makan vitamin Shaklee sejak 20 tahun.

Populasi kajian semestinyalah orang US sendiri. Sebab Shaklee kan bertapak di sana. Walaupun landmarkstudy ni diterbitkan pada 2007, tapi aku duk cari-cari jugak kajian-kajian lain yang seumpamanya yang lebih terkini.

Kalau dalam bidang pengajian, rujukan tesis mestilah diambil dari 5 tahun terkini. Kalau dah lebih 5 tahun ni, macam dah tak valid.

Tapi aku tak risau! Sebab result landmark study 2  bakal menyusul tak lama lagi.

Tal sabar nak baca. Apa pulak kajian yang diorang buat kali ni eh?

Ohhhhh!!! Mungkin tentang

"YOUTH skincare dan pengambilan vitamin yang konsisten dapat membantu pengguna #lookyoungerlonger " 😎

Hmm... mungkin lebih kurang macam tulah tajuk landmark study 2 nanti kot. Hahhah.... memandai je!

Okeylah, habis dah merapu. Korang bolehlah rujuk http://www.shaklee.com.my/landmark-study/ untuk tambah ilmu pengetahuan tentang produk Shaklee.

Selamat membaca! 😘😘😘 adios!

#diariustazah
#landmarkstudy
#liveamazing
#sihatceria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...