Monday 19 March 2018

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

....

Sedikit review daripada saya berkenaan tempat  ini.

Mmmm... bagi saya sendiri, SANGAT OK, jika anda adalah remaja atau takde anak. Hahahaha... 

Oiiii... mana nak pegang anak. Mana nak main lagi. Ahahahah... dah bergilir pulak dengan suami. Pastu, anak yang sulung boleh pergi main (sebab melebihi ketinggian 100cm) , anak yang kedua dan ketiga meraung kat luar pagar stesen main tu sebab tak cukup tinggi. Kesiannnnn.....

Harga?

So and so la..... hihihi....

RM 60.00 kanak-kanak (4~12tahun)
RM 70.00 dewasa
RM 60.00 warga emas

Beberapa bulan akan datang  akan naik harga pulak sebab seksyen belakang (apa nama entah), bakal dibuka. More fun, more fantastic!!! Hihihi..

Makan?

Mm.... boleh tahan jugaklah mahalnya. Tapi kitorang okey je makan kat sini. Merasalah makan dalam spaceship. Hahahah...have funlah dengan anak-anak. Jangan mak bapak pulak yang crancky pasal makan. Hahahah.....

Bahagian untuk ketinggian bawah 100cm???

1. SMURF VALLEY

Kat sini boleh main kereta. Anak-anak tekan pedal sendiri. Sesuai untuk umur 4 hingga 7 tahun kot, ikut kesesuaian saiz tubuh budak.

Boleh bergambar juga dengan maskot SMURF  comel dua ekor tu. Boleh juga menonton 4D movie selama 20 minit.

2. FANTASY FOREST

Kat sini, mak pak  yang berat 70kg ke bawah, bolh join anak-anak korang ride kuda macam kat funfair. Atau helikopter. Atau wizling wheel.

Besttttt. 👍👍👍👍 sebab berat  aku 50kg je so aku sorang je parent yang main semua  benda kat sini dengan anak-anak. Ngeh ngeh ngeh.....hmmmm...penting jugak bertubuh kecil molek macam  aku kan? Boleh  temankan anak2 main. Hihi.

Banyak lagi nak cerita. Tapi....better korang pergi sendiri ye. Rasai  dan alami keseronokannya!!!! Horayyyyy!!!

Sekian, adios.

#diariustazah
#PerakVacay
#MAPS

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...