Saturday 3 March 2018

BAGAIMANA SAYA JANA PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP HARI

Setiap hari Allah SWT datangkan kita dengan rezeki dari pelbagai rupa dan cara.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya setelah berhempas-pulas berusaha.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya tanpa perlu berusaha pun.

Walau apa jua cara rezeki itu mendatangi kita, syukur Alhamdulillah. Terimalah dengan berlapang dada dan redhalah.

....
.....

Barangkali, ada perkara yang kita terlepas pandang dalam usaha kita menarik rezeki ini.

Bagi saya, setiap kali merasakan rezeki tidak berpihak kepada saya, saya akan buat refleksi diri.

1. Cuba check semula. Solat wajib 5 waktu saya tu. Adakah tepat waktunya? Adakah culas dan tidak ikhlas?

2. Perbanyakkan istighfar. Istighfar memandu hati kita daripada ternoda dengan nafsu.

3. Jangan tidur selepas Subuh. Lakukanlah aktiviti2 bermanfaat. Burung pun terbang keluar mencari rezeki di awal pagi sebelum matahari terbit, kan? Takkanlaaaaa kita manusia ni nak sambung tarik selimut pulak! Malu je kat burung  😝

4. Bersedekah semampu boleh. Adakala rasa takde sales masuk, banyak2 lah bersedekah hatta RM1.

5. Selalulah mendoakan ibubapa, orang tua dan  kanak-kanak. Mendoakan kawan2 .... inshaa allah, doa.kita tu akan berbalik semula kepada kita. 😊😊

6. Jaangan tinggalkan solat malam. Jadikanlah sebagai rutin. Inshaa Allah, ia akan membina jiwa yang kental.

7. Solat Dhuha. Kunci dan magnet rezeki harian kita. Rezeki bukan sekadar harta dan wang ringgit. Anak2 yang pintar, soleh solehah, kesihatan, pasangan yang penyayenag dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki.

😊😊😊😊😊😊

Happy March!!!

#diariustazah
#magnetrezeki

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...