Tuesday 6 February 2018

Terima tanggungjawab seadanya dan bersikap optimis.

Haihhh... baru bertemu muka dengan rakan2 guru di bilik guru. Hahahh...

Semua orang mencari saya hari ini. 😝😝😝 hahahhahha.....

Maaf....
Hari ni macam-macam saya nak setelkan.

Finalise peserta lontar peluru dan lompat jauh untuk didaftarkan esok.....

Mencari dan melatih peserta  untuk wakili sekolah bagi acara Tilawah Quran MTQSS Daerah hujung bulan ini.....

Uruskan persiapan trip Doktor Muda ke Bandung.....

Huhuhuhu....

Tapi takpe... saya okey je dengan tanggungjawab yang diberikan. Sebab saya pon enjoy dengan tugas2 tu. Hihihihi....

Untuk pemilihan peserta acara balapan, saya ambillah peranan sebagai peneraju utama sebab sayakan Pegawai Teknik KOM.

Untuk Tilawah, bagus jugak saya terima tugas ni!  Sebab secara tak langsung, saya pun belajar dan perbaiki semula bacaan tarannum saya. Uiiii...boleh  tahan sedap  suara koi dalam rakaman ni. Hihihi.... lamaaaa dulu dah belajar tarannum ni. Semester 1 maktaab dulu. Hahahha... berkarat dah tekak n. Hahahahah....

Kita ni, hidup dengan manusia. Kenalah jadi contoh terbaik terutamanya kepada anak didik dan rakan sejawat. Terima tanggungjawab seadanya dan bersikap optimis.

Hahhh! Jangan lupa, laksanakan tugas dengan gembira dan senang hati. 😎😎😚😚😚😚 barulah hati kita ni takde rasa dengki dan tak puas hati dengan orang....hihihi....

Dan,
Jangan lupa take your supplement! Badan kita bukan selamanya sihat  dan cergas. Bekerjalah berpada-pada, jaga kesihatan. Amalkan gaya hidup sihat juga!.

Okey, pesanan ringkas ini daripada,
Aminah Syuhadah
Ustazah Ceria  😝😝😝

#diariustazah
#hidupdengangembira

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...