Monday 5 February 2018

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.
Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

3. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

5. Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting!

√    Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

√    Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

√    Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

Jika Badan Panas
Cara minum madu ->  madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk
Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu ->  tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

Kredit  : Dr Hisham Hashim

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...