Tuesday 13 February 2018

Apa lagi yang belum aku berikan kepada mereka

Setiap kali teringat kat Mak dan Abah, setiap kali tu lah berfikir, apa lagi yang belum aku berikan kepada mereka.

H A J I

Yes!! Itulah perkara yang belum aku lakukan. (Ada air di juring mata....)

Dalam usia Abah lagi dua tahun menginjak usia pencen, Abah sepatutnya telah terima surat tawaran menunaikan rukun Islan kelima itu bersama Mak.

Sedangkan akaun Tabung Haji aku sendiri dah penuh dan cukup untuk dua orang menunaikan ibadah wajib itu. Ya Allahhhh..... anak apakah aku ini?

Jadi, aku bertekad untuk menambahkan jumlah deposit ke akaun Tabung Haji abah dan mak mulai 2018!

Setiap kenaikan gaji hakiki yang aku terima aku dahulukan deposit ke akaun kedua insan yang aku cintai ini, dan sedikit bahagian untuk anak-anakku sendiri.

Ya Allah... Kau mudahkanlah urusan aku dan urusan mereka ke jalan-Mu..... luaskanlah dan bukakanlah pintu rezekiMu yang Kauberkati, agar setiap niat dan cita-citaku untuk membantu suami dan ibubapaku dapat aku capai.

Ampuni dosaku Ya Allah kerana terleka dengan nikmat dunia yang Kauberikan.....

Aamiiin......

#diariustazah
#selfremind

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...