Sunday 11 February 2018

KENAPA SAYA BUAT BISNES?

Hari ini berbengkel ICT dalam PAK 21.

Ginilah tugas guru zaman teknologi tinggi. Semuanya berasaskan ICT. Seronok ke tak, bergantung kepada perspektif individu guru. 

Tapi bagi saya, saya suka! Pembelajaran di hujung jari, gitewww..... Hihihihi.... lebih-lebih lagi zaman la ni, budak-budak sekolah seawal usia tujuh tahun pun dah ada henfon adroid sendiri kan? Tambahan lagi, saya mengajar kelas yang boleh dikatakan separuh daripadanya adalah golongan berkemampuan.

>>
>>>

Tapi...

Saya kenapa saya masih ada masa untuk berbisnes?

Sebenarnya,

Saya ambil konsep yang sama dengan PdPC. Bisnes di hujung jari.

Orang bisnes arini tak perlu susah nak sewa kedai...tak perlu susah payah nak pergi jumpa orang sana sini.... tak perlu lagi hadiri perjumpaan hingga larut malam....

Kita cuma perlu daftarkan sahaja perniagaan kita di SSM.

Kemudian, coaching atas talian. Urusan jual-beli juga boleh berlaku di atas talian. Cuma saya kena gigih bina kepercayaan pembeli-pembeli di luar sana agar mereka percaya dengan saya.

Sebenarnya,

Saya terinspirasi nak buat bisnes online sebab,

Yang pertama,
Ia mudah, lebih mesra dan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Sambil duduk depan TV, sambil lipat kain, sambil baring-baring pun boleh buat urusniaga. Hihihi....

Yang kedua,
Saya tak nak bergantung sepenuhnya kepada duit gaji hakiki.

Sebab saya punya impian yang besar. Jika hanya mengharapkan gaji bulanan, saya tak pasti ia cukup atau tidak untuk menampung keinginan saya. So saya kena buat sesuatu untuk capai impian saya.

Hmmm... itulah dua point utama KENAP SAYA BUAT BISNES. 😊

>>>>

Korang ada bisnes? Ce tulis kat komen. Kalau  ada blog, link kan sekali blog korang. Nak blog-walking. Hihihi....

Okey jom  masuk bengkel!!!

#diariustazah.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...