Thursday 15 February 2018

Setiap kali gaji, tak pernah tak buat benda ni. Hihihi....

Setiap kali gaji, tak pernah tak buat benda ni. Hihihi....

Ia bermula pada gaji pertama aku.

Walaupun sikit, tapi tetap allocate kan bahagian masing-masing supaya takkan ada yang terlepas daripada tanggungjawabku. Inshaa Allah...

Dan kini, entah dah berapa ratus ribu wang gaji itu masuk dalam akaun bank aku, tanggungjawabnya tetap sama. Portion yang sama. Cuma ia bertambah mengikut jumlah kenaikan gaji tahunan. Alhamdulillah.....

Sebenarnya tak susah pun kita nak uruskan aliran tunai kita ni.

1. Didik nafsu untuk patuh dan faham bahawa bukan semua duit yang masuk dalam akaun kita tu adalah hal kita. So, kena dibahagi-bahagikan.

2. Pastikan kita tulis setiap bahagian dengan terperinci.

3. Dahulukan HUTANG. Ini nafsu memang tak suka! Nafsu lebih suka jika kita abaikan hutang atau ambil sedikit daripada bahagian hutang. Grrrr!!! JANGAN!!!!!

4. Lebihan agihan pendapatan tu masukkan ke dalam 7 TABUNG mengikut portion masing-masing :

* tabung Haji
* tabung Travel (biasanya aku buat tabung untuk duit RM5/RM20/RM100)
* tabung Stok
* tabung Kecemasan
* tabung Balik Kampung /minyak kereta
* tabung Buku/Pendidikan
* tabung Sedekah/Khairta

Dulu-dulu  masa gaji kecik, rasa sesak jugak. Tapi sekarang dah tak sesak dada dan menggigil tangan lagi  tarik duit mana. Hahaha....

Lebih-lebih lagi kalau tiba musim perayaan. Gaji masuk awal, hahaha mulalah  rasa macam OKB  😂😂😂 so konsep dan teknik dia sama aje...hihihi....

#diariustazah
#manageyourmoneywisely

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...