Monday 12 February 2018

Cantiknya rumah kami.....

Cantiknya rumah kami..... 😚😚😚😚

Dibina di atas tanah yang dibeli hasil tabungan sendiri. Kedudukan 1KM dari pantai nan terbentang luas.

Berbumbung tinggi, berukir seperti rumah tradisional negeri Terengganu. Berdinding batu dan berlantaikan marmar. Ini diilhamkan ketika kami melancong ke Terengganu tahun lalu. Bermula dari situ, kami mula merancang konsep rumah kami ni. 😎

Di kelilingi pokok-pokok manggis, nyior, mangga, ciku, salak dan dilatari rumput-rumput  menghijau yang mendamaikan pandangan mata. Koridor di letakkan pasu-pasu berisi bunga-bungaan segar.

Terdapat mini air terjun buatan di sudut halaman. Gazebo sebagai tempat bersantai ahli keluarga termasuk sepupu-sepapat kami yang ramai tu. Hahahaha...

Mini zoo yang menempatkan dua ekor kambing bor, reban arnab, dan sangkar kucing-kucing kesayangan Aisyah Ainin Faqih.

Garaj terbuka yang boleh diubahsuai menjadi tempat bersembang ahli keluarga. Dikelilingi pagar kayu dan batu separas dada bagi memudahkan laluan angin sepoi-sepoi bahasa.

Ruang tamu yang luas untuk acara keramaian keluarga. Ruang dapur yang luas untuk acara memasak dan makan beramai-ramai. Maklumlah, kami ni dua-dua pihak saya dan suami, ahlinya ramai. Huhuhu... datang serbu serentak biasanya.

Ahhhhh.... inilah gambaran rumah yang kami suami-isteri idamkan. Inshaa Allah, akan ditunaikan sedikit masa lagi.

#diariustazah
#rumahidaman

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...