Saturday, 20 January 2018

NUKILAN HATI, Aminah Syuhadah Gerakkann diri untuk lakukan kebaikan.

Alhamdulullah.....

Pagi-pagi buka FB dengan status-status ceria kawan-kawan  😊

Bertambah ceria pagi saya dengan mesej-mesej wasap order vitamin. Dua tempahan dariapada pelanggan setia, tiga tempahan daripada orang baharu yang mencari saya melalui blog dan instagram.

Senyum... senyum... senyum....

Jika impian saya sebagai guru di sekolah adalah untuk mendapatkan Lencana Keris untuk budak-budak Pengakap,

Maka impian saya berniaga ini adalah untuk kebebasan kewangan keluarga saya. Inshaa Allah....

1. Ubahsuai dapur di rumah Mak dan Abah.

Rumah besar (Villa 503) mereka tu adalah hasil titik peluh keringat tangan kasar Abah mengikat sendiri batu-batanya. Ia memakan masa 20 tahun, sepanjang tempoh saya membesar. Sebagai anak sulung, Saya juga turut sama membantu.

Kini, anak sulung ini berjanji pada diri, bahagian tabungan perniagaan ini, akan digunakan untuk membantu mencantikkan lagi Villa 503 mengikut citarasa pemiliknya. Inshaa Allah. 

2. Simpanan keperluan anak-anak.

Takaful, keperluan dan keinginan mereka juga perlu disediakan. Gaji tugas hakiki hanya sekadar mencukupkan keperluan tugas saya sahaja. Maka, untuk kegunaan lebih daripada itu, kami suami isteri perlu mencari dari sumber  yang lan. Maka  sebab itulah kami jalankan bisnes vitamin ini.

3. Impian kami suami-isteri.

Banyak perkara yang kami ingin lakukan bersama. Nak bina rumah agam di tanah sendiri. Nak menjelajah menziarahi tempat-tempat sejarah Islam. Nak menunaikan haji  pakej VVIP. Nak beli motorbike. Nak macam-macam lagilah! Hahahahah....

4. Menjadi penyumbang utama dana bagi UNICEF dan rumah2 anak2 yatim  dan miskin.

Setakat saya  hanya mampu sumbangkan RM38.00 je sebulan untuk UNICEF. Sumbangan untuk rumah anak2 yatim dan miskin setakat ini adalah mengikut kiraan zakat pendapatan dan sejumlah wang yang kecil. Sebab tu kami kena usaha lebih lagi untuk kembangkan bisnes ni supaya hasilnya lebih besar dan dapat dikongsikan.

Semoga impian2 ini dapat dicapai terutama impian no.4, dan kami terus istiqomah, tidak lupa diri  dan tidak menongkat langit. Aamiin...

NUKILAN HATI,
Aminah Syuhadah
Gerakkann diri untuk lakukan kebaikan.

#diariustazah
#impianbisnessaya

Friday, 19 January 2018

7 vitamin ni jelah memang sentiasa ada kat rumah.

Assalamualaikun, dunia! 

Pagi hujung minggu macam ni korang kat mana?

Kedai mamak???? Hahahaha....

Saya?

Macam biasalah, kalau tak keluar berjoging di luar kawasan perumahan, dalam kuaters ni pun dah mencukupi untuk riadah pagi.

Biasanya, saya dan suami habiskan paling kurang satu pusingan (anggaran 2.2km) joging dalam kejiranan kami ni. Ada kala time rajin, berkayuhlah 5 pusingan.

Kalau taknak berjoging di luar, kadang2 saya masuk ke gym di tingkat atas Kelab Kilat ni. Tulis je ID suami, dah boleh masuk. Hihihi.... best kan!

Itu bab aktiviti fizikal. Bab makan pulak?

Kitorang laki bini memang menjaga bab pemakanan. Saya pun lebih suka masak sendiri di rumah. Bila peti ais dah kosong, barulah makan di luar ataupun apabila ada urusan di luar.

Makan kat rumah lebih khusyuk. Hahahah.... penyediaan makanan lebih teliti. Terutamanya sayur. Saya memang cerewet dengan sayur, saya akan basuh sehelai-helai daun sayur. Jika makan sayur di kedai makan? Bimbang sangat saya tentang kebersihannya. Huhuhu...

Bila berbelanja barang keperluan dapur, penuh troli dengan sayur dan buah. Hahahha... anak2 suka makan buah! So peti besar kami tu memang beli untuk stok EBM dan sayur~buah.

Selain itu,

Kitorang amalkan supplement jugak. Sebab.......??

Apa yang kita makan tu tak cukup nak melengkapkan nutrisi yang kita ambil. Vitamin ni kan dah dalam bentuk complex, so inshaa Allah akan membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Vitamin apa  yang kami ambil?

1. VIVIX
2. Vitamin ACE
3. Soya sebagai sumber protein
4. B complex
5. Ostematrix
6. Performance drink
7. Multivitamins

7 vitamin ni jelah  memang sentiasa ada kat rumah. Anak2 suka yang no.6 dan no.7 tu.

No.7 tu ada dua jenis, satu untuk orang dewasa, satu lagi untuk kanak2. Yang untuk kanak2 ada dalm bentuk tablet dan serbuk bancuhan. Yang tablet perasa anggur. Yang serbuk perasa vanila, bau macam aiskrim vanila. Yummmm!!!

Okeylah,

Nak setelkan hias kelas jap. Meja ustazah kat bilik guru dah setel semalam. Lega cek!!!

Adios.

Diari Ustazah Aminah Syuhadah .

#diariustazah
#hidupsihatdenganshaklee
#sihatceria

Thursday, 18 January 2018

Jadikan Diri Kita Cerminan Orang Lain

Salam Jumaat yang indah  😎

Cerah dan agak panas hari ni kan? Huhuhu.... takpe, yang penting hati kita ceria. 😚😚

Hari ni, kenapa entah rasa mengada sikit nak cerita tentang keperibadian saya, yang saya kira ramai yang tak tahu dan tak nampak pun saya  orang yang bagaimana. Atau mungkin juga tak nak ambik tahu. Hahahahaha.....

Sebenarnya, kita kena jadikan diri kita sebagai cerminan orang lain. Kerana, adakalanya, kita ni boleh menjadi kekuatan bagi seseorang, malah menjadi sumber inspirasi yang mengujakan.

So, boleh tak saya ceritakan sedikit tentang diri saya? Heheheh...
Okeylah, nak cerita jugak! 😋😋

Sebenarnya, Saya seorang yang.......

1. BERPANDANGAN JAUH

Di sekolah, saya diamanahkan memimpin satu unit kecil Pengakap Kanak-kanak. Oh lupa, 2018 saya bukan lagi Ketua Unit PKK tapi saya hanya membantu. Hihihi.

Walaupun ia hanya sebuah unit kecil, namun sebagai kepala unit tersebut, saya perlu berpandangan jauh untuk menentukan arah tuju PKK sekoalah saya. Sebenarnya, saya banyak belajar tentang ini daripada Ketua Unit Pengaakap saya dulu.

So, apabila saya dapat jawatan tersebut, saya dah tahu dah apa saya nak buat dengan kumpulan saya tu. Heheheh....

Segala perancangan aktiviti dah saya sediakan, khusus mengikut situasi dan kekangan unit ini. Lain padang, lain belalang, kan? 😊
:
:
:
2. AGRESIF DAN PROAKTIF

Selaku pemimpin, saya rasa bertanggungjawab untuk menjadikan budak2 Pengakap mendapat 'sesuatu' daripada keahlian mereka dalam unit ini.

Justeru, saya memang dah siapkan pelan strategik untuk capai Rambu Pengakap. Cuma tahun ini, 2018, PKK saya ni baru je nak buat Keris Gangsa. Tapi takpe, sebab bertahun2 pengakap sekolah ni memang takde pengiktirafan apa2 pun untuk budak Pengakap.

So, langkah pertama, saya menanti-nanti KOROBORI. 😎😎 Alhamdulillah, tahun ini ada KOROBORI. 😋😋😋

Tapi,
Sebelum bawak diorang join  KOROBORI, saya kena 'kejar' diorang untuk memastikan Buku Log telah disiapkan!!! Yuhuuuuu!!!
:
:
:
3. SUMBER UTAMA

Sebenarnya,
Saya sangat dahagakan idea2 daripada pemimpin2 pengakap yang lain supaya anak2 pengakap kita dapat pergi lebih jauh.

Tapi, saya tak ralat ,sebab cikgu2 ni memang  sangat terrrbaikkk ketika membantu saya  menjalankan aktiviti dengan murid. Diorang layan je apa yang saya nak buat  dengan murid. Terima kasih sangat2 kat mereka ni  😍 tanpa sokongan mereka, saya pon belum tentu boleh kawal semua budak2 kan?

Maka,

Saya adalah  sumber utama untuk mereka jalankan aktiviti mingguan agar apa yang ditarget (Lencana Keris) dapat dicapai dalam tempoh yang dirancang.

Sumber utama ni maksudnya, sayalah sebagai pemberi idea untuk aktiviti2 yang akan dijalankan kepada budak2 pengakap. Walaupun ada fail perancangan, bukan semua orang buka pun fail tu. Heheheh.... so, mestilah dia cari ketuanya! Hahahah...

>>>>>>>>

Emmm.... tiga jelah dulu. Nak kembali ke sekolah, buat 10S kat meja sendiri  😂😂😂😂
Banyak benda yang nak disimpan, dialih  dibuang!

Aahhhhhh!!!By the way,

Apa yang saya buat sebagai pemimpin di sekolah, macam tu jugaklah saya lakukan kat group #sihatceria saya!  Because that i am a great business leader! 😎💪

Aminah Syuhadah
Founder of SihatCeria  🌸🌻

#diariustazah
#sihatceria
#businessleader

MENJADI LEBIH BAIK DARI HARI KE HARI....

Menjadi lebih baik dari hari ke hari...... inshaa Allah. 😊

Aku yang dulu, 

Walaupun dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, disekolahkan dalam bidang pengajian agama, namun ada masanya aku sengaja menyimpang dari fikrah yang sepatutnya. 😔😔😔😔😔

Semakin ramai kawan di dunia luar, semakin ligat mencari kebebasan dan keasyikan sendiri di luar sana, apatah lagi jauh daripada pandangan mata dan kawalan Mak Abah.

Memasuki dunia pekerjaan, menjawat jawatan Guru Pendidikan Islam, membuatkan aku malu sendiri.

Datang satu kekuatan selepas terjumpa seorang sahabat lama, yang telah membuat perubahan pada diri dan sikapnya, membuatkan aku rasa aku juga perlu berubah!

Malu?

Tak salah rasanya kita berubah ke arah yang lebih baik, kan? Sememangnya 'baik' itu adalah fitrah  manusia.

Melihatkan perubahan cara berpakaian sahabat lama itu, walaupun dia masih 'N' yang sama, dari sedikit gaya pertuturan (sedikit sopan bicaranya walaupun sesekali tergelak besar. 😂😂) , berbaju besar, bertudung bawal lebar. 'N' tetap kelihatan menarik di mataku.

Teruja  dengan perubahan penampilan N, aku turut berubah sama. Lagi pun, ini untuk saham suamiku jugak 😄😄😄 .

N nampak lebih matang sekarang. Lebih positif. Lebih redha  dengan perjalanan hidupnya sejak berpisah  dengan bekas suaminya.

Aku berharap, aku akan  terus istiqomah  menjadi insan yang lebih baik, untuk diriku, untuk anak2, untuk Mak dan Abah, dan paling penting untuk Mr.Suami  😊😊 supaya dia ak menyesal jadikan aku sebagai isteri. Hahahaha....

Okey lah, saja je nak citer tentang orang yang jadi inspirasi untuk aku jadi baik ni. Hehehe... yang pasti, betullah Nabi SAW kata, kawan dengan orang positif, positiflah kita. 😎😎😎

Sekian,
DIARI Ustazah  Aminah Syuhadah .

#diariustazah
#moodbaruhabistulisrefleksiRPH
#sumberinspirasi

Monday, 15 January 2018

A K U dan S H A K L E E

A K U dan S H A K L E E

5 tahun berlalu....
Memulakan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee ketika mengandungkan Ainin Suffiyah.

Vitamin pertama aku makan masa tu ialah Alfalfa dan ESP. Kononnya sebagai #milkbooster lah. Sebab kakak ipar yang sulung dan yang kedua pun duk amalkan 2 vitamin tu sepanjang tempoh penyusuan anak-anak diorang. Tengok stok EBM diorang, penuh peti!!!!

Pastu teruslah aku konsisten pulak dengan Vitamin C, Ostematrix dan Performance Drink. Ini memang tak pernah culas sebab aku ni suka aktiviti lasak. Banyak join aktiviti luar. So fizikal dan sistem imun kena tip-top ah!

Nak dijadikan cerita macam mana boleh terjadi bisnes pulak heheheheh...

Macam ni,
Apabila kita amalkan secara konsisten sesuatu produk kesihatan  (tak kiralah apa jenama pun),  tubuh kita menerima dengan baik, seiring dengan kesabaran diri kita 😊 .

Kalau tak sabar, itu yang jadi bertukar-tukar produk kesihatan tu. Dengan alasan  tak serasilah...takde kesanlah...kan? Hehehe...

Pastu,
Apabila orang sekeliling kita melihat perubahan   diri kita, mestilah orang bertanyakan? Samalah macam aku. Apa  yang aku makan, itulah yang aku ceritakan kepada mereka yang bertanya.

So,
Dari situlah bermulanya episod #BisnesVitamin aku ni. Pelanggan-pelanggan yang asalnya beli untuk makan sendiri, akhirnya bertukar menjadi ahli Shaklee. Bila dah ramai  yang jadi ahli di bawah aku, sales group pun meningkatlah kan  👍👍 Belum lagi ditambah dengan hasil jualan personal tu  😙😙

Yang seronoknya bisnes vitamin ni ialah, walapun takde downline, kita tetap dapat hasil.

Sebab?

Aku suka kumpul hasil runcit daripada  jualan vitamin-vitamin tu. Group Sales tu untuk kumpul bonus je. Tapi yang betul-betul masyuk  hasil runcit tu! Hehehehe....

Itulah sebabnya KENAPA SHAKLEE SEBAGAI PILIHAN BISNES AKU...... Sekian.

::
::

Pssttt!! Korang, nak beli vitamin atau sekadar bertanya, klik je www.wasap.my/60123618431 ye  😊😊 nak jadi ahli pon boleh! Heheh

Aminah Syuhadah
Pengedar Shaklee Jalan Kapar.

#diariustazah
#onlinebisnes
#buatduitdariblog
#bisnesdihujungjari
#sihatceria

JATUH CINTA BERKALI-KALI

Jatuh Cinta Berkali-kali.....

Kepada Encik Suami  😘😘😘 hahahah....

Selain dia, hatiku dipetik oleh vitamin-vitamin Shaklee. Aummmmmm... hahahha...

Betul!

Encik Suami suka VIVIX , Vitamin C, Vitamin E dan Ostematrix.

Isterinya pulak sukakan VIVIX jugak, plus #vitaminmata iaitu Carotomax.

Anak-anak kami? Hmmmm...

Aisyah suka Performance Drink tu je. Vitamin-vitamin lain dia kurang gemar. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab bimbanh dipaksa minum air masak banyak-banyak. Hahahah....

Ainin dan Faqih bergabung rasa tekak! Hahahha... diorang ni 'tekak vitamin', kata Si Ainin. 😏😏😏 Omega Guard, Vitalea for Children dan Performance Drink tu memang 'makanan' diorang lah. Huhuhu....

Mak  pengamal tegar Ostematrix dan B Complex untuk kawal kencing manis, Vitamin C dan Alfalfa untuk kawal berat badan.

Abah? Samalah. Apa yang Mak makan, itulah yang Abah telan. Hahahaha...

Seronoklah apabila  semua ahli keluarga join sekaki makan vitamin Shaklee. Hihihi....

Errr... awak2 yan  sedang mencari Vitamin untuk Mata, meh www.wasap.my/60123618431 walaupun sekadar  bertanya. Nak tanya pasal #vitaminuntukkurus , #setberpantang , #setmenyusu , vitamin #kolesterol , untuk #darahtinggi , #sakitjantung pun boleh. Inshaa Allah saya cuba bbantu

😚😚😚😚😚🐝🐝🐝🐝🐝🍇🍇🍇

Aminah Syuhadah
Pencinta Vitamin SHAKLEE 😎😎

#diariustazah
#gorgeous12

Saturday, 13 January 2018

M Y . H A P P I N E S S

M Y . H A P P I N E S S

Jika ada yang perasan, dulu saya seorang perengus, pemarah, mulut lancang, garang tak bertempat. Huhuhu.. betul kan?

Tapi saya rasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya lebih cool and steady rasanya. Hehehehe... betul ke? Rasanyalah... hahaha... Tapi, seriously, dulu saya memang macam tu.

Masa berlalu... mengubah segala perspektif saya tentang kehidupan...

Maaf, segalanya bermula sejak saya struggle buat bisnes vitamin ni. Betul! Tak tipu! Saya follow upline yang mementingkan kesederhanaan, penjagaan hubungan dengan Yang Maha Memberi Rezeki, penjagaan hubungan dengan sesama insan dan makhluk alam.

Saya belajar konsep muhasabah diri yang sebenarnya melalui upline. Secara tak langsung, dahulunya berzikir dan beribadat sebab nak dapatkan sales, tapi sekarang, perkara tu dilakukan secara semulajadi. Dah jadi tabiat dah. Segala deria ni tak terbiasa dah nak mengucapkan kalimah-kalimah yang baik-baik... Alhamdulillah..

Saya juga menjadi seorang yang lebih positif . Lebih terbuka menerima pandangan, teguran dan nasihat. Saya kini lebih ramaaaaiiii kenalan, kawan dan sahabat!!! 😍😍😍😍 seronok kan!!

Oleh itu korang semua,

Doakan saya terus menjadi muslimah yang solehah yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikan dan istiqomah. Aaamiiin....

Sekian,
NUKILAN HATI
Aminah Syuhadah
Insan Kerdil Yang Ingin Berubah ke Arah Kebaikan. 😊😊😊

#diariustazah
#shakleeeffect

Friday, 12 January 2018

BANGKIT DARI KEGAGALAN

Assalamualaikum, DUNIA...

Tiba-tiba hari yang hening begini, rasa nak bercerita tentang kisah 'luka' aku dalam usia dewasaku ini.

Dalam banyak-banyak kisah luka dan kegagalan itu, ada satu kisah yang betul-betul menjentat jiwa aku. Ia berkaitan dengan bisnes yang aku buat nilah....hehehe.... iyelah, aku kan baru 2 tahun ni betul-betul serius berbisnes, sebelum ni mana layan bisnes-bisnes gini. Huhuhu....
:
:
Ada satu bulan tu, takde sales masuk! Oh my!!!! Berhuhulah daku....

Puncanya????

Aku tak buat dan tak tulis pun perancangan untuk bulan tu. Arrrggghhh!!! Leka sungguh!!!

Pastu, untuk dapatkan hasil untuk bulan berikutnya, aku tetapkan satu target dan TULIS amount yang aku  nak capai. Aku tulis terperinci apa yang perlu aku kongsi dan buat kat pelanggan setia serta pelanggan baru. Biar jelas! Haaaaaa...

Alhamdulillah. Betul! Bulan berikutnya, senyuman aku boleh bersambung 360° hahahahaha!

:
:
Sebenarnya,daripada bisnes ni aku belajar sesuatu.

Kat sini  aku baru faham dan jelas dengaan fungsi perancangan strategik, taktikal dan operasi sesuatu organisasi. So, aku taknak Pengakap aku kecewa. Aku  juga taknak Kelab Doktor Muda aku tu pun sendu redup sejak kehilangan penasihat utamanya.

Sesungguhnya,

Yang Di Atas sana juga sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Sebab tu kita wajib merancang dengan baik kehidupan kita. Dengan harapan, apa sahaja perancangan  baik kita itu diberkati dan dimakbulkan oleh-Nya. Aaamiiin....

DIARI USTAZAH
Aminah Syuhadah
Bangkit dari Kegagalan...

U S A H A W A N . S H A K L E E

" Ibu ni..... asyik dengan henfon je!"

Zassssss..... bagai dihiris-hiris jantungku. Huhuhu...

Itu adalah ayat Aisyah dan Ainin masa mula-mula aku tengah struggle bangunkan blog bisnes dan cari pelanggan.

Hmmmm... memang tak dinafikan, banyak masa aku dengan gajet... my bad.... kadang-kadang, tak perasan pun anak-anak bertanyakan apa. Sedar-sedar, dah keluar ayat seperti di atas.... i am really bad mom.....

:::::

Tapi sekarang...

Tangan masih di gajet bisnes jugak, cuma dah boleh chill sikit lah sebab dah tahu apa nak buat, apa nak balas apabila dapat mesej dari pelanggan.

Penerimaan ahli keluarga yang lain terutama suami apabila aku jebakkan diri dalam dunia bisnes macam ni, adalah sangat OK. Takde pulak aku dengar apa-apa rungutan daripada suami. Hehehe... cuma sesekali rungutan dari mulut-mulut si kecil kami la... huhuhu.....

Sekarang ni anak-anak pun daha faham, ada masa aku duk pegang henfon tu, adalah masa untuk cari duit.

Pernah jugak si Ainin bertanya, "Kenapa ibu nak cari duit lagi? Ibu kan dah keje. Ibu kan dah ada duit." Tak, sayang! Duit gaji ibu adalah untuk kegunaan bayar hutang, dan untuk kegunaan tugas hakiki ibu. Untuk kemewahan dan kesenangan korang, ibu kena cari duit lain.

So, apabila aku cakap macam tu, diorang akan kata, ""....ooooo...." 😊

Rakan kongsi aku a.k.a Encik Suami pulak, sekarang beliaulah yang uruskan blog sihatceria.net tu. Beliau sendiri yang menawarkan diri untuk bina blog rasmi bisnes kami. Alhamdulillah. Aku suka sangat! Sebab kami dah jadi RAKAN KONGSI secara rasmi. Hehehe.... selain itu, suami jugaklah pelabur dalam bisnes kami. Alhamdulillah...

Mak, Abah dan Mertua? Sangat menyokong bisnes kami. Malah mereka juga mengamalkan vitamin yang kami amalkan ni. Seronoklah satu keluarga sihat 😙😙

Emmmm... oklah. Saja je nak cerita tentang pengalaman pertama bisnes aku ni. Hihihi.... bye.... nak siapkan refleksi PdPC hari ni. Jap lagi nak balik dah.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Leader of SihatCeria Group ❤

#sihatceria
#diariustazah
#usahawanShaklee

Thursday, 11 January 2018

S T R U G G L E for Success

Kali pertama saya 'struggle' dalam hidup ini ialah masa zaman ambik Ijazah dulu.

Kaw-kaw punya belajar sebab bimbang kawan-kawan bilik sebelah boleh skor markah lebih tinggi. Ngehngehngeh..... lagi pulak aku ada seorang kawan ni, dia punya study, kita lalu kat tepi pun dia macam tak nampak. Huwaaaaa!!!!

Kerana itu, saya belajar bersungguh-sungguh! Saya buat jadual belajar yang rapi. Saya study smart and hard! Saya buat nota. Aku makan kismis dan kurma banyak-banyak. Kotlah boleh terus lekat kat otak ni apa yang saya baca. Hihihihi....

Hasil struggle gila-gila tu akhirnya berjaya jugak saya capai pointer 3.50 paling kurang, untuk setiap semester 😎 . Cuma, tak delah sampai dapat Anugerah Pengarah IPIS time tu. Hahahah...

:::::

Masa mula-mula buat bisnes vitamin ni dulu pun saya struggle gak. Sebab nak dapatkan customer bukan senang tau! Hari-hari nak kena iklankan dan kongsi kebaikan vitamin-vitamin yang saya makan ni.

Tapi sekarang, dah mudah dah saya dapat pelanggan. Sebab saya ada cara aku sendiri  😎 . Hehe... nak tahu ke? Meh saya kongsi  yang saya apply untuk struggle dalam bisnes saya.

Nombor Satu.

KONGSI. Apa sahaja vitamin yang saya makan, saya share kebaikannya dengan mak abah, adik2, kawan2, tak kiralah secara maya atau kawan2 ber'hu-ha' saya tu.

Sebenarnya susah jugak nak share dengan kawan-kawan sendiri ni. Huhuhu..... tapi ramai je kawan-kawan saya yang beli vitamin daripada SID lain. Tak mengapa, asalkan mereka selesa untuk berkomunikasi tentang vitamin tu  😊👌.

Nombor Dua.

SPONSOR. Saya sebagai Distributor, saya kena rajin rekrut orang ramai untuk makan vitamin dengan  harga 15~20% lebih murah daripada harga jual. Sponsor keahlian ni bermaksud, keahlian mereka adalah di bawah tanggungjawab saya. So saya lah yang kena follow up and follow through tentang vitamin2 yang korang dah beli dengan saya.

Nombor Tiga.

SERVIS.  Sebagai penaja, wajib bagi saya untuk perkhidmatan 'servis' apa yang telah korang beli daripada saya.   Saya kena follow-up dan follow-through vitamin yang korang dah makan. Kena ambil tahulah apa yang berlaku selepas korang amalkan vitamin, kan?

Inshaa Allah, saya  takkan lepas tangan. Tapi  jika ada dalam kalangan korang yang saya tak follow up, tolong ingatkan saya  dengan klik di sini www.wasap.my/60123618431 supaya saya maasukkan nama koramg dalam senarai servis saya. 

:::::

Apa-apa sahaja bisnes, boleh apply tips struggle saya ni. Semoga bisnes korang maju dan kongsikam dengan orang lain. 👍👍😊😊

Sekian,
Aminah Syuhadah
Strive to Success 💪💪💪💪

#diariustazah
#tipstruggle

Wednesday, 10 January 2018

VITAMIN UNTUK JANTUNG

 VITAMIN UNTUK JANTUNG

Antara vitamin yang dicadangkan oleh Shaklee untuk membantu kesihatan jantung kita ialah Vitamin E, Omega Guard dan CoqTrol plus.

COQTrol Plus 

Sebelum ni dah ada dah dalam pasaran Shaklee. Tapi dia dihentikan sekejap sebab Shaklee revise dan upgrade sikitlah produk ni, biar betul-betul mantap! 

Actually CoQTrol Plus ni mengandungi COQ10 yang sangat bagus untuk boost up tenaga dalam sel kita. 

CoQ10 bantu memguatkan otot janting. Otot jantung yang kuat membantu pengepaman darah yang optimum. So bagi orang yang ada masalah 'lemah jantung', amat disarankan untuk amalkan CoQ10 a.k.a CoQTrol Plus ni.

Pastu, 

Sangat digalakkan juga diambil oleh awak yang sangat aktif bersukan! Haaaaaa..... apa lagi? Orang aktif ni banyak guna jantung, kan? Hahahahha..... 

Untuk pakcik makcik abang kakak adik yang ada tinggi kolesterol, gabungan CoQTrol Plus dan Phytocol memang mantap! Cepat2 cuba!!!! 

Meh wasap sini www.wasap.my/60123618431 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan. 

Aminah Syuhadah
Baru start amal CoQTrol Plus.

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...