Wednesday 1 March 2017

*Tiga Sifat Mendapat Jaminan Syurga*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

_*Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan pendustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik."*_ (HR Abu Daud No: 4167) Status: Sanad Sahih

*Pengajaran:*

Rasulullah memberikan jaminan syurga kepada mereka yang memiliki sifat-sifat berikut:

1.  Meninggalkan perdebatan walaupun dia dipihak yang benar.

a.  Orang yang berdebat @ berbantah-bantahan, akan berusaha mengalahkan lawannya dengan berbagai cara seperti mencela, memperleceh dan menghina lawannya dan menunjukkan keegoan untuk mempertahankan pandangannya.

b.  Tidak semua perdebatan dilarang. Contoh yang dibenarkan ketika mempertahankan aqidah. Walaubagaimanapun berdiskusi itu lebih baik.

2.  Meninggalkan perbuatan berbohong meskipun bersifat gurauan.
(Islam menuntut kejujuran dalam pertuturan mahupun penulisan)

3.  Berakhlak baik
(Berbudi pekerti mulia ketika berinteraksi dan  berhubungan dengan kawan dan lawan)

*Milikilah sifat yang Rasulullah SAW memberi jamin syurga. Orang yang meninggalkan perdebatan, rumahnya ditepi syurga. Orang yang meninggalkan pendustaan, rumahnya ditengah syurga. Orang yang berakhlak baik, rumahnya paling tinggi di syurga.*

02hb Mac  2017
03hb Jamadil Akhir 1438H

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...