Sunday 19 March 2017

ADAB TIDUR

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Adab Tidur*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَأْخُذْ دَاخِلَةَ إِزَارِهِ فَلْيَنْفُضْ بِهَا فِرَاشَهُ وَلْيُسَمِّ اللَّهَ فَإِنَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا خَلَفَهُ بَعْدَهُ عَلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَضْطَجِعَ فَلْيَضْطَجِعْ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ وَلْيَقُلْ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

_*Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila seseorang hendak berbaring, maka hendaklah ia mengambil alat pembersih untuk membersihkan alas tidurnya dan sebutlah nama Allah, kerana ia tidak tahu apa yang terdapat di atas tempat tidurnya. Apabila seseorang hendak tidur, maka hendaknya ia tidur dengan mengiring ke kanan dan mengucapkan doa: 'Maha suci Engkau ya Allah, Tuhanku. Dengan nama-Mu aku baringkan tubuhku dan kerana-Mu lah aku bangun dari tidur. Apabila Engkau mematikanku, maka berilah ampunan dan apabila Engkau menghidupkanku, maka peliharalah sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang soleh.'*_  (HR Muslim No: 4889) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh termasuk perkara yang kecil seperti adab ketika tidur.

2.  Rasulullah mengajar cara terbaik ketika seseorang hendak tidur:

a.  Membersihkan tempat tidur terlebih dahulu, seperti membersihkan cadar yang digunakan.

b.  Menyebut nama Allah paling kurang kalimah Basmallah

c.  Berbaring dengan mengiringkan lambung ke sebelah kanan

d.  Membaca doa, antara contoh doa:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

*Moga Allah menjaga, memelihara sepanjang kita tidur dan mengampunkan dosa kita.*

20hb Mac  2017
21hb Jamadil Akhir 1438H

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...