Sunday 19 March 2017

PERKARA KECIL YANG MEMBAWAKAN KESAN YANG BESAR


Hmmm....Best jugak buku ni 😘 simple but nice 👍

Buku ni ustazah beli masa penceramah ni dijemput memberikan slot motivasi keibubapaan pada hari Mesyuarat Agung PIBG sekolah ustazah tahun ini.

Antara tajuk-tajuk dalam buku kecil ini Yang ustazah suka ialah Kisah Si Anak Kecil Dengan Tapak Sulaiman. Moral of the story cerita ini ustazah dapat rumuskan ialah jangan meremehkan perkara yang kecil. Ia mungkin kelihatan simple dan biasa je pada pandangan manusia, tapi berkemungkinan ia amat besar dan penting di sisi ALLAH SWT 😍

Kisah ini menceritakan tentang seorang budak kecik sedang mengutip tapak-tapak sulaiman di tepi pantai, lalu melemparkannya ke laut. Tetiba, ada seorang pakcik yang lepak-lepak di situ, bertanya kepada kanak-kanak itu tadi tentang perbuatannya itu.

Apa kanak-kanak tu jawab? Katanya, kalau dibiarkan tapak-tapak sulaiman tu hingga matahari pagi esoknya terbit, tapak-tapak sulaiman itu akan mati kekeringanlah. So, sebab tu dia tolong lemparkannya ke laut semula.

Pakcik tadi masih tak puas hati 😓 pakcik tu kata, takkan lah sepanjang pantai tu kamu nak buat begitu? Tapi kanak-kanak tu jawab, takdelah sampai nak buat sepanjang pantai.....Tapi Setakat yang dia mampu jela...😎😎😎 Budak tu kata lagi, apa Yang saya lakukan ini cuma sedikit hal je pakcik, tapi mungkin besar kesannya kepada setiap tapak sulaiman yang dilemparkan semula ke laut tu... 😊

Hmmm..

Dalam hidup kita pun macam tulah... Kadang kita rasa kita tak mampu nak buat perubahan besar... Sedangkan kita terlupa sepatutnya ia hanya perlukan permulaan Yang kecil dan simple je 😋 Menara KL yang gah tu pun hanya bermula dengan bata-bata yang kecil jugak 😎

So hari ini, apakah perkara kecil yang telah kita lakukan ye ? Emmmm....😐 Mungkin senyuman kita yang ikhlas tu dapat mengubati hati seseorang Yang sedang berduka?😘 Atau mungkin satu pelukan yang erat dapat melegakan keresahan anak kecil kita?😍😍

Tapi hari ini, perkara kecil yang ustazah lakukan ialah menjadi pendengar kepada luahan hati seorang pesakit kanser payudara ..... Pada awalnya Puan N cuma bertanyakan VIVIX... tapi ustazah lebih selesa perbualan kami berlaku seperti sembang santai antara rakan lama 😄 tak sangka pulak, Puan N sanggup berkongsi kisah penyakitnya dari A to Z... Padahal kami saling tidak mengenali pun....

Alhamdulillah Allah SWT datangkan kepada ustazah, seorang lagi sahabat melalui cara ini 😄😄😄 dan Puan N pulak entah berapa puluh Kali ucap terima kasih kat ustazah sebab sudi layan sembang dia di what'sapp 😂

Ini juga satu sumbangan kecil Kan? Sebab dapat melegakan keresahan hati orang yang memerlukan 😊 Ooppss! Ustazah bukan nak puji diri, tapi anggaplah ini sebagai satu motivasi kecil untuk mulakan kebaikan 😎 kerana? Kebaikan itu perlu diviralkan, bukan untuk dipendamkan....😘😘😘

Jom suap VIVIX dulu 😜

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

By the way, mahu cuba bersuplimen tapi takde orang nak guide? Jangan segan, hubungi je UstazahCeria di 012-3618431/017-3129349 😘

Atau

Follow IG UstazahCeria @aminahsyuhadah 🌼🌼🌼

#liveamazing
#selfreward
#diariustazah
#ustazahceria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...