Friday 17 March 2017

ALZHEIMER

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif.

Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

SIAPA BOLEH DAPAT ALZHEIMER??

Kalau nyanyuk biasanya dikaitkan dengan orang tua 😇

Tapi Alzheimer's tak mengira usia 😱 Yanh muda-muda pun boleh kena Alzheimer's 😓😓😓

Kalau org yg kena Alzheimer's ni, biasanya dia boleh hidup 8 tahun je. Tapi ade jugak yang penyakit dia terkawal dan boleh hidup smpi 20 tahun.

Kiranya kadar kemerosotan otak bg setiap pesakit tu berbeza.

Simtom-simtom penyakit Alzheimer's :-

1 - Hilang keupayaan untuk menerima info dan maklumat baru
Contoh : lupa appointment, bertanya soalan sama berulang kali, lupa jalan yang biasa dilalui ( balik rumah)

2- hilang keupayaan untuk berfikir

Contoh : bahaya memegang cerek panas, tak boleh plan aktiviti yang hendak dibuat

3- Hilang keupayaan mengenal pasti objek ( bukan disebabkan oleh rosak penglihatan)
Contoh : tak kenal ahli keluarga sendiri, tak boleh pakai baju sendiri

4- Keupayaan membaca, menulis dan bercakap terjejas

Contoh : hilang perkataan yang hendak disebut, typo

5- Perubahan personaliti dan tingkah laku

Contoh : hilang rasa kesian, taknak bersosial, hilang mood

Bila terjadi hilang ingatan dan sekurang-kurangnya 2 atau lebih simptom tersebut, baru lah doktor akan diagnos orang tu mempunyai Alzheimer's.

*Siapa yang berisiko mendapat Alzheimer's? *

🌼 Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun.

🌼 mempunyai family history - orang yang ada ahli keluarga menghidap Alzheimer's lebih berisiko.

🌼 orang yang mempunyai gene APOE ( apolipoprotein E) - lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai gene ini.

Orang2 ni, punyai risiko yang kita tak boleh kawal

Tapi ade jugak golongan yang berisiko tapi boleh dikawal:-

😘 Pesakit diabetes, darah tinggi , kolesterol tinggi --> berisiko mendapat strok dan dementia

😘 Orang yang kurang berpelajaran & tidak berkerja.

😘. Pernah mengalami kecederaan otak.

😘. Mengalami kesukaran tidur atau tidur tak tentu masa.

🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻🐻

Rawatan yang diberikan oleh doktor?

Biasanya doktor akan bagi ubat untuk mengurangkan simptom. Atau ada setengah keadaan, doktor bagi ubat tidur 😑

Alzheimer's ni takde ubat yang boleh merawat, Cuma kawal simptom je.

Sebenarnya smpi sekarang pun , takde reason yang tepat lagi kenapa Alzheimer's ini terjadi...

🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

Apa terjadi kepada otak pesakit Alzheimer's?

*Otak mereka MENGECUT!!*

Saiz otak tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

*Otak dia jadi kecik!!!*

Bila ada gumpalan kat neuron, dia tak boleh berhubung 😨 Tu yg jadinya org kata sel2 otak tak berhubung..

Bila sel tak berhubung, otak tak dpt smpikan mesej kepada badan kita utk respon 😓

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Pesakit Alzheimer's ni, bila dah teruk sangat, ia boleh bahayakan nyawa pesakit, sebab dia tak boleh berfikir, hilang kewarasan. Dia lupa yang pisau tu bahaya 😱 Dia lupa cara nak lintas jalan 😨

Alzheimer's ni, kalo dia lupa.. dia lupa sume skali 😨😨😨😨 berbanding Dementia dan  nyanyuk yang hanya lupa pada sesetengah perkara sahaja.

Sampai satu tahap, pengidap Alzheimer's ni tak boleh urus diri sendiri 😑 Nak kencing pun dia tak boleh kontrol....

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...