Wednesday 8 February 2017

TIPS AGAR ESOK LEBIH BAIK....

UBAH TABIAT LAMA.....

Sebarang perubahan kecil tetap akan memberi impak yang lebih besar bahkan lebih baik semudah pengurusan waktu tour 😋

JANGAN MENUNGGU MASA.....

Elakkan berharap masa yang terbaik akan tiba kerana kemungkinan masa yang dinantikan itu tidak akan berlaku. Berusahalah untuk mengadakan masa tambahan.

JANA MASA!!

Salah satu punca yang mengakibatkan penggunaan masa kurang berkesan adalah fenomena cerutan dalam keseluruhan rantaian nilai aktiviti dan rutin kehidupan seharian.

Jadi, teliti kembali penggunaan masa. Tentu ada yang bertindih bahkan tidak diperlukan. Barangkali ada tugasan yang boleh digabungkan dalam unit yang sama.

AUDIT MASA!

Layari FB , tonton television ketika minda sedang kosong. Ini dapat membantu mengurangkan berlakunya pembaziran masa.

JAUHI SIKAP BERTANGGUH.

Situasi di luar jangkaan yang boleh menyebabkan rancangan atau pelaksanaan pada hari tersebut tersasar boleh berlaku. So, sentiasa pastikan setiap perkara yang dirancang, mempunyai 'dateline'😎

JADI PERSONALITI BAHARU SETIAP HARI 😎

Gunakan setiap aspek kekuatan diri. Dorong diri untuk pelajari kemahiran baharu setiap hari walaupun ia hanya perkara remeh. Dengan cabaran itu, kita akan sentiasa ada misi untuk tambahbaik mutu masa.

*MajalahAlUstaz

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...