Monday 27 February 2017

RADANG SENDI : Arthritis , Rheumatoid Arthritis , Osteoarthritis

Tubuh kita direka daripada 206 tulang yang disambungkan oleh sendi untuk memudahkan kita berjalan, bergerak, membongkok, berpusing.. dengan kata lain, untuk memudahkan kita melakukan aktiviti dan pergerakan.

Sendi-sendi yang mempunyai banyak fungsi ini boleh mengalami keradangan atau inflamasai. Inilah yang dipanggil arthritis.

Apakah penyebab arthritis?

Arthritis bukanlah penyakit keturunan, namun begitu dengan mempunyai gen-gen tertentu ia juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat arthritis.

Pakar perubatan telah pun mengenal pasti lebih dari 100 penyebab arthritis. Antara penyebab-penyebab penyakit arthritis termasuklah osteoarthritis, arthritis yang disebabkan jangkitan kuman, gout, psoriasis dan rheumatoid arthritis.

Dalam osteoarthritis, proses proses penuaan yang berlaku menyebabkab kehausan pada tulang rawan. Ini kemudiannya akan membawa kepada pergeselan tulang di antara satu sama lain dan seterusnya akan menyebabkan kesakitan.

Risiko untuk anda menghidapi osteoarthritis semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia.

Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit auto imun yang melibatkan sendi-sendi. Ia menyebabkan inflamasi dan kerosakan pada sendi.

Dalam penyakit gout, pengkal ibu jari kaki akan menjadi bengkak dan sakit secara tiba-tiba disebabkan oleh mendapan Kristal asid urik.

Arthritis juga boleh berlaku disebabkan kecederaan sewaktu bersukan sebagai contoh bermain bola sepak. 

#VIVIXuntukArthritis

******************************************
Order & Consultation :
012-3618431
UstazahCeria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...