PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
*Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran*
كَم مِن جَارٍ مُتَعَلِّقٍ بِجَارِهِ يَومَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ: يَارَبِّ هَذَاأَغْلِقُ بَابَهُ دُونِي فَمَنَعَ مَعْرُوفَهُ
_*Berapa ramai orang di hari kiamat (nasibnya) bergantung pada tetangganya yang lain, (tetangganya itu) berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini menutup pintunya untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku”*_ (HR Hannad dalam kitab Az-Zuhd No 2/58) Status : Hasan dalam Silsilah Ahadits Ash-Sahihah No:2616.
*Pengajaran:*
1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.
2. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Antaranya menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran. Memberi bantuan kepada yang memerlukan.
3. Jangan sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.
Jangan biarkan jiran kita tanpa disantuni dan bersendiri.
02hb Februari 2017
05hb Jamadil Awal 1438H
*copy&paste
No comments:
Post a Comment