Thursday 9 February 2017

Anak Pelindung Api Neraka

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Anak Pelindung Api Neraka*

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ

_*Dari 'Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebutir kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakan sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera pergi. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku khabarkan masalah itu, maka baginda bersabda: "Siapa yang memberikan sesuatu kepada anak-anak ini (mengurus anak-anak perempuannya), maka mereka akan menjadi pelindung dari api neraka baginya".*_ (HR Bukhari No: 1329) Status Hadis: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Kewajipan ibu dan bapa ialah menyediakan keperluan asas harian anak-anak seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal.

2.  Ibu bapa sewajarnya mengurus keperluan anak-anak dan mengutamakan dengan mendahulukan mereka walaupun ibu bapa terpaksa mengikat perut.

3.  Anak-anak yang dididahulukan keperluannya oleh ibu bapa ( anak-anak perempuan)  akan menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.

10hb Februari  2017
13hb Jamadil Awal 1438H

*Copy & paste

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...